Surat Jeff Bezos: Pelajaran di Sebalik Kejatuhan Harga Saham Amazon

Surat Jeff Bezos: Pelajaran di Sebalik Kejatuhan Harga Saham Amazon

Tahun 2000, krisis dot-com melanda. Pasaran saham jatuh teruk, terutama saham teknologi. Masa tu, Amazon jadi mangsa juga. Sahamnya jatuh lebih 80%, dan ramai pelabur panik. Tapi Jeff Bezos, pengasas Amazon, tak ikut kalut. Sebaliknya, dia tulis surat kepada pemegang saham, penuh dengan fakta dan keyakinan. Surat ni jadi panduan penting untuk pelabur, bukan saja masa tu, tapi sampai hari ni.

Apa Yang Bezos Kata Dalam Surat Tu?

Bezos tak nafikan keadaan teruk. Dia terus terang cakap saham Amazon tengah menjunam, tapi dia tekankan satu benda penting: harga saham tak sama dengan kekuatan sebenar syarikat.

Dia tulis:

“Saham kita mungkin jatuh lebih 80%, tapi Amazon, syarikat kita, sebenarnya lebih kuat daripada sebelumnya.”

Dia buktikan kenyataan tu dengan angka:

Pelanggan meningkat dari 14 juta ke 20 juta dalam setahun.

Jualan naik 68% ke $2.76 bilion.

Purata perbelanjaan pelanggan naik 19%.

Kerugian operasi semakin mengecil.

Bezos nak pemegang saham faham, walaupun harga saham jatuh, syarikat sedang berkembang.

Dalam surat tu, Bezos petik falsafah pelaburan Benjamin Graham:

Pasaran saham adalah seperti mesin undi dalam jangka pendek, tapi seperti mesin timbang dalam jangka panjang.”

Maksudnya, dalam jangka pendek, pasaran boleh jadi tak rasional. Orang beli dan jual saham ikut emosi. Tapi dalam jangka panjang, nilai sebenar syarikat akan “ditimbang” berdasarkan prestasi dan kekuatannya.

Bezos tambah:

Kita adalah syarikat yang mahu ditimbang. Sementara orang lain sibuk mengundi, kita fokus kerja keras untuk tambah berat syarikat.

 

Strategi Bezos: Kerja Keras & Fokus

Bezos tahu, masa susah macam ni bukan masa untuk mengeluh. Dia fokus pada:

1. Kembangkan pelanggan.

2. Tambah produk dan perkhidmatan.

3. Berinovasi dengan idea baru.

Amazon masa tu masih rugi, tapi Bezos tak risau. Dia ambil keuntungan kecil yang ada dan labur semula ke dalam syarikat. Dari sinilah datang idea besar macam Amazon Prime, Kindle, dan yang paling power, AWS (Amazon Web Services).

Pelabur yang percaya pada visi Bezos dan bersabar akhirnya menikmati hasil luar biasa. Saham Amazon yang dulu hanya bernilai 30 sen (selepas pecahan saham) kini dah capai $225, peningkatan sebanyak 74,900%!

 

Kenapa Surat Ni Masih Penting Hari Ni?

Hari ni, pasaran saham global sedang bergolak lagi. Saham teknologi dan kripto jatuh, ramai pelabur panik. Tapi surat Bezos ni tunjukkan beberapa pengajaran penting:

1. Harga Saham Tak Sama Dengan Nilai Syarikat

Jangan cuma tengok harga saham. Lihat asas syarikat: pelanggan, jualan, inovasi, dan kekuatan pasaran mereka.

2. Jangan Takut Dengan Kejatuhan Jangka Pendek

Bezos percaya pada jangka panjang. Kalau syarikat kukuh, harga saham akan naik semula bila pasaran dah “timbang” nilainya.

3. Inovasi Adalah Kunci

Amazon tak takut ambil risiko dengan produk baru. Hasilnya, syarikat yang dulu jual buku sekarang jadi peneraju dalam cloud computing dan kecerdasan buatan.

 

Walaupun Bezos dah serah tugas CEO kepada Andy Jassy, strategi dan visi dia masih hidup dalam Amazon. Hari ni, Amazon bukan sekadar kedai online. Ia ada AWS, teknologi AI, perkhidmatan hiburan, dan banyak lagi. Pendapatan suku kedua 2024? $147.98 bilion. Hebat, kan?

 

Kesimpulan: Inspirasi Dari Bezos

Surat Jeff Bezos ni bukan sekadar cerita pasal saham jatuh. Ia adalah pengajaran penting tentang pelaburan dan kehidupan:

Jangan panik bila keadaan tak baik. Fokus pada asas dan kerja keras.

Fikir jangka panjang. Kejayaan besar perlukan masa.

Jadi “berat.” Dalam hidup atau bisnes, pastikan kita sentiasa tambah nilai pada diri sendiri.

 

Jadi, kalau kau tengah rasa serabut tengok pasaran saham sekarang, ingat pesan Bezos. Panik takkan bawa hasil. Fokus tambah “berat” – sama macam Amazon buat.

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR