Notis Bayaran Balik

Kami menawarkan polisi pemulangan selama 30 hari, bermaksud anda mempunyai tempoh 30 hari selepas menerima barang anda untuk membuat permohonan pemulangan.

Syarat Pemulangan

  • Barang mestilah dalam keadaan asal seperti diterima
  • Tidak dipakai atau digunakan
  • Masih mempunyai tag asal
  • Diletakkan dalam bungkusan asal
  • Disertakan dengan resit atau bukti pembelian

Untuk mulakan proses pemulangan, sila hubungi kami di elitistaofficial@gmail.com.

Jika pemulangan anda diluluskan, kami akan berikan label penghantaran serta arahan untuk memulangkan barang. Barang yang dihantar balik tanpa kebenaran awal tidak akan diterima.

Barang Rosak atau Salah Hantar

Sila periksa pesanan anda sebaik sahaja ia sampai. Hubungi kami segera sekiranya:

  • Barang mengalami kerosakan
  • Barang mengalami kecacatan
  • Anda menerima barang yang salah

Kami akan menyiasat dan cuba selesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Pengecualian / Barang Tidak Layak Dipulangkan

Berikut ialah jenis-jenis barang yang tidak boleh dipulangkan:

  • Barang mudah rosak atau tamat tempoh
  • PERKHIDMATAN (contoh: semua rakaman / video ELITISTA-GO)
  • Produk tempahan khas atau diperibadikan
  • Barang peribadi (contoh: produk kecantikan)
  • Barang berbahaya, cecair mudah terbakar atau gas
  • Barang diskaun/clearance
  • Kad hadiah (gift card)

Jika anda tidak pasti sama ada barang anda layak dipulangkan, sila hubungi kami.

Pertukaran Barang

Cara paling pantas untuk mendapatkan barang lain ialah:

  1. Pulangkan dahulu barang yang anda tidak mahu
  2. Buat pesanan baru secara berasingan selepas pemulangan diluluskan

Bayaran Balik (Refund)

Kami akan maklumkan kepada anda setelah:

  • Barang yang dipulangkan telah diterima dan diperiksa
  • Keputusan sama ada bayaran balik diluluskan atau tidak

Jika diluluskan, bayaran balik akan diproses secara automatik ke kaedah pembayaran asal anda.

Harap maklum: pihak bank atau syarikat kad kredit mungkin memerlukan beberapa hari bekerja untuk memproses dan memaparkan bayaran balik tersebut.


Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila hubungi: elitistaofficial@gmail.com