10 Prinsip Peter Lynch Untuk Hadapi Pasaran Kacau Bilau

10 Prinsip Peter Lynch Untuk Hadapi Pasaran Kacau Bilau

Tengah musim saham merudum, kadar faedah tak stabil, perang tarif makin panas — memang ramai pelabur rasa gelisah. Tapi Peter Lynch pernah kata:

 

Kalau fikir pasal ekonomi lebih dari 14 minit setahun, itu dah membazir masa.


Bunyinya kasar, tapi ada logiknya. Pelabur lagenda ni bukan calang-calang — pulangan purata 29% setahun selama 13 tahun. Jadi mungkin elok pertimbangkan 10 prinsip pelaburan beliau, lebih-lebih lagi bila pasaran tengah gawat macam sekarang.

 

1. Pilih bisnes yang mudah, membosankan, dan konsisten

Kadang-kadang, syarikat yang jual sabun atau makanan ringan lebih selamat daripada yang sibuk dengan ‘revolusi teknologi’. Lagi senang difahami, lagi senang buat keputusan masa pasaran goncang.

 

2. Tak perlu ramal ekonomi

Tiga kali kemelesetan berlaku dalam 20 tahun lepas — dan pakar ekonomi pun tak dapat jangka. Daripada buang masa teka hala tuju ekonomi, lebih baik fokus pada pemilihan syarikat yang kukuh.

 

3. Faham apa yang dibeli

Peter Lynch klasifikasikan syarikat kepada 6 jenis:

  • Cyclical
  • Stalwart
  • Asset Play
  • Turnaround
  • Fast Grower
  • Slow Grower

Bila dah tahu kategori mana, lebih mudah tetapkan jangkaan dan strategi.

 

4. Pertumbuhan pendapatan adalah segala-galanya

Harga saham naik bila pendapatan syarikat meningkat. Contohnya, semasa zaman kemelesetan pun Coca-Cola masih catatkan pertumbuhan jualan. Produk yang orang tetap beli walau zaman susah, memang aset berharga.

 

5. Sasarkan pertumbuhan dalam industri bertahan

Sektor seperti makanan segera, insurans, atau barangan keperluan harian biasanya lebih stabil. Orang mungkin potong bajet teknologi, tapi tetap akan beli ubat batuk dan beras.

 

6. Elakkan beli pada harga terlalu tinggi

Nilai syarikat sepatutnya sepadan dengan kadar pertumbuhan pendapatan. Lynch sarankan cari yang ada PEG ratio bawah 1. Kalau terlalu mahal, margin keselamatan akan hilang.

 

7. Tak perlu tunggu harga dasar baru mula beli

Menunggu harga paling rendah ibarat meneka cuaca 6 bulan lagi. Bila harga dah cukup menarik, beli secara berperingkat. Timing sempurna bukan keperluan utama.


8. Jangan cuba ‘time’ market

Ramai pelabur rugi sebab terlalu sibuk tunggu masa terbaik untuk masuk. Sedangkan statistik tunjuk, terlepas beberapa hari terbaik pun dah cukup untuk jejaskan pulangan jangka panjang.

 

9. Volatiliti bukan masalah, tapi peluang

Saham yang berkualiti boleh jatuh separuh harga, dan pulih semula bila pasaran reda. Ini ruang untuk gandakan pelaburan, bukan masa panik.


10. Jangan terlalu banyak pegangan

15 saham yang difahami betul-betul lebih baik daripada 30 saham yang dibeli ikut trend. Fokus pada yang berkualiti dan faham sepenuhnya tentang bisnes mereka.

 

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, pendekatan Peter Lynch terasa relevan. Tak perlu jadi pakar ekonomi atau pembaca laporan tegar. Cukup dengan kefahaman asas tentang syarikat yang dibeli, sikap sabar, dan konsisten.

Kalau Peter Lynch tenang dalam pasaran bergoncang, pelabur moden pun boleh tiru cara yang sama — dengan pendekatan rasional, bukan emosi.

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR