UN Dedah Syarikat Besar Terlibat Dalam Genosid Gaza

UN Dedah Syarikat Besar Terlibat Dalam Genosid Gaza

Satu laporan rasmi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mencetuskan gelombang kontroversi apabila ia mendedahkan senarai syarikat-syarikat global yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong penjajahan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin – termasuk yang digelar sebagai “genosid” di Gaza.

Laporan oleh Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese, menamakan 48 syarikat, termasuk gergasi teknologi dan pertahanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia. Menurut beliau, perang yang sedang berlaku ini bukan sahaja disokong oleh senjata – tetapi juga oleh teknologi, pelaburan, dan kepentingan korporat yang besar.


Teknologi Jadi Senjata Baharu

Syarikat seperti Microsoft, Amazon, Google (Alphabet Inc.) dan IBM bukan sekadar menjual produk. Laporan ini menyatakan mereka menyediakan kemudahan cloud computing, AI, dan pengurusan data biometrik yang digunakan secara langsung oleh kerajaan Israel – termasuk untuk memantau, mengawal pergerakan, dan menyerang rakyat Palestin.

Palantir Technologies, pula, didakwa membekalkan teknologi “predictive policing” yang digunakan untuk mencipta senarai sasaran serangan secara automatik – menggunakan sistem AI yang dinamakan seperti “Lavender” dan “Where’s Daddy?”.

Selain syarikat teknologi, beberapa syarikat lain dari sektor pembinaan dan pelancongan turut dinamakan:

  • Caterpillar, Hyundai, dan Volvo – membekalkan jentera berat yang digunakan untuk merobohkan rumah di Tebing Barat.
  • Booking.com dan Airbnb – terus menyenaraikan hartanah di penempatan haram Israel, sekaligus memberi legitimasi kepada penjajahan secara tidak langsung.

Dan jangan terkejut – syarikat makanan dan pertanian seperti Bright Dairy (China) dan Netafim (Mexico) juga didakwa mendapat manfaat dari tanah rampasan dan sumber air Palestin.

Di Belakang Tabir: Siapa Pemodal Sebenar?

Laporan PBB turut mendedahkan bahawa dua gergasi pelaburan global – BlackRock dan Vanguard – merupakan pelabur utama dalam syarikat-syarikat yang dinamakan.

BlackRock, sebagai contoh, mempunyai pegangan besar dalam Microsoft (7.8%), Amazon (6.6%), Lockheed Martin (7.2%), dan Palantir (8.6%) – syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan penglibatan langsung dalam perang Gaza.

Sejak Oktober 2023, perbelanjaan ketenteraan Israel melonjak lebih 65%, mencecah USD 46.5 bilion – antara tertinggi di dunia. Syarikat pertahanan dan teknologi antarabangsa yang terlibat melihat keuntungan melonjak, dan Bursa Saham Tel Aviv pula naik hampir 180%, menambah lebih USD 150 bilion dalam nilai pasaran.

Menurut laporan itu:

“Genosid ini diteruskan kerana terlalu ramai yang untung daripadanya.”


Boleh Dihukum Di Mahkamah Antarabangsa?

Jawapannya: Ya.

PBB menegaskan bahawa syarikat swasta ada tanggungjawab untuk menghormati hak asasi manusia – dan jika mereka menyumbang kepada jenayah antarabangsa, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. Bukan sekadar syarikat, malah individu pengurusan tertinggi juga boleh didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

.

Apa yang berlaku di Gaza bukan sekadar konflik asing yang jauh dari kita. Ia sudah menjadi ekosistem ekonomi global – melibatkan data, duit, dan kuasa korporat yang sangat besar.

Sebagai pengguna dan pelabur, kita juga ada kuasa. Soalnya: kita nak sokong syarikat yang bantu kemanusiaan – atau syarikat yang senyap-senyap sokong penindasan?

KEMBALI
1 of 4
VIDEO: Saham One2Go - ELITISTA

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR