Tentang Kami


 

 
Masih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan Bumiputera yang belum celik akan peluang menjana pendapatan dalam pelaburan saham yang patuh syariah di Bursa Malaysia dan Amerika Syarikat.
 
Malah masih ramai berpandangan skeptikal yang menyatakan pelaburan saham itu adalah haram, merugikan dan susah.
 
Atas kesedaran ini, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu tentang pelaburan saham, melalui kelas secara fizikal mahupun online.
 

Alhamdulillah, sehingga kini kami telah mendidik lebih daripada 11,000 peserta seluruh Malaysia sejak dari 2019. Terdapat juga rakyat Malaysia yang menyertai program-program online kami dari luar negara seperti Abu Dhabi, Jepun, Brunei & Amerika Syarikat.
 

Harapan kami adalah membuka mata masyarakat khususnya Bumiputera, tentang pelaburan saham yang patuh syariah & membimbing mereka ke saluran yang sewajarnya bagi mengelakkan mereka melakukan pelaburan haram & yang merugikan.
 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia


(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no: 3289)



Dengan izin Allah. Kerana Allah 
 
Pengasas ELITISTA
 
 



TOOLKIT PELABUR

Dari Bursa Malaysia ke Wall Street, akses data hingga analisis pasaran hanya di hujung jari

SAYA NAK CUBA