10 Skandal Kripto Terbesar: Duit Lesap Dalam Sekelip Mata
Kripto ni memang seronok kalau kena cara, tapi realitinya ada banyak risiko. Kalau tak hati-hati, duit boleh lesap dalam masa singkat. Jom kita tengok 10 skandal terbesar yang pernah berlaku dalam dunia kripto. Siap sedia nak dengar cerita rugi berjuta ni!
1. Kejatuhan Terra (LUNA) dan UST (2022)
Cerita ni memang paling tragis. Terra ada stablecoin yang dipanggil UST, tapi stablecoin ni tak disokong dengan aset fizikal, sebaliknya bergantung pada algoritma dan token LUNA.
Pada Mei 2022, sistem tu gagal. Harga LUNA jatuh dari $119 ke hampir kosong dalam masa beberapa hari. UST pun hilang peg, terus jadi tak bernilai. Hasilnya? Lebih $40 bilion duit pelabur lesap. Ramai yang melabur simpanan hidup hilang begitu saja, termasuk pelabur kecil-kecilan.
2. Kejatuhan FTX (2022)
FTX dulu jadi kebanggaan dunia kripto. Founder dia, Sam Bankman-Fried (SBF), dianggap “hero” sebab selalu tolong syarikat kripto yang bermasalah. Tapi di belakang tabir, ada urusan pelik antara FTX dengan syarikat pelaburan SBF sendiri, Alameda Research.
Alameda bergantung sepenuhnya pada token FTT yang diterbitkan FTX. Bila laporan kewangan mereka bocor, keyakinan pelabur runtuh, FTT jatuh harga, dan FTX tak mampu nak bayar balik duit pengguna. Akhirnya, FTX bankrap, dan SBF ditahan atas tuduhan penipuan. Jumlah kerugian? Tak terhitung.
3. Mt. Gox Kena Hack (2014)
Sebelum Binance dan Coinbase, Mt. Gox adalah raja exchange Bitcoin. Ia kendalikan 70% transaksi Bitcoin global. Tapi pada 2014, syarikat ni runtuh selepas 850,000 BTC hilang akibat serangan hacker.
Ada juga yang syak ini sebenarnya kes salah urus dalaman atau penipuan. Tapi apa pun puncanya, platform ni terus tutup, dan pelabur kehilangan simpanan mereka.
4. Africrypt Lesap Bersama Dua Beradik (2021)
Africrypt ni platform pelaburan yang dimulakan dua beradik, Amir dan Rais Kaaji. Pada April 2021, mereka umumkan platform tu kena hack dan pesan supaya pelabur jangan report polis. Katanya, nak mudahkan proses dapat balik duit.
Tapi hakikatnya, dua beradik ni lesap terus bersama $3.6 bilion duit pelabur. Sampai sekarang, tak ada tanda-tanda mereka akan muncul semula.
5. Celsius Network Beku Duit Pengguna (2022)
Celsius popular sebab dia janji pulangan tinggi untuk simpanan kripto dan kadar faedah rendah untuk pinjaman. Tapi bila pasaran kripto mula merudum pertengahan 2022, Celsius mula tersepit.
Pada Jun, mereka sekat semua pengeluaran pengguna. Bulan berikutnya, mereka fail bankrap, menyebabkan 1.7 juta pengguna terkandas tanpa akses kepada $4.7 bilion duit simpanan mereka.
6. Eksploitasi Mango Markets (2022)
Platform Mango Markets ni berfungsi untuk margin trading atas blockchain Solana. Tapi pada Oktober 2022, ada hacker yang bijak manipulasi harga token MNGO.
Hacker ni naikkan harga token tu, guna token yang “overpriced” sebagai cagaran untuk pinjam aset lain, dan keluarkan semua duit. Bila dia dah lari dengan aset tu, nilai MNGO terus jatuh dan platform tak ada lagi kecairan. Rugi $114 juta.
7. BitClub Network: Skim Ponzi (2019)
BitClub Network janji pelabur keuntungan tinggi daripada mining pool Bitcoin mereka. Tapi sebenarnya, data keuntungan tu semua palsu. Founder platform ni, termasuk Matthew Brent Getchels, Joseph Abel, dan Silas Edwards, tipu pelabur lebih $722 juta.
FBI akhirnya bongkar skim ni pada 2019. Malangnya, banyak pelabur dah terperangkap.
8. Wormhole Kena Godam (2022)
Wormhole ialah protokol yang membolehkan pemindahan aset kripto antara blockchain seperti Ethereum dan Solana. Pada Februari 2022, ada hacker yang jumpa kelemahan dalam kontrak pintar platform tu.
Dia serang sistem tandatangan (signature verification) untuk token WETH (Wrapped Ethereum). Akibatnya, $325 juta dicuri. Platform ni hampir gulung tikar, tapi pelabur besar berjaya suntik dana untuk selamatkan operasi.
9. Thodex Exit Scam (2021)
Thodex ni exchange dari Turki yang tarik perhatian dengan janji yuran rendah dan promosi besar-besaran macam giveaway Dogecoin. Tapi pada April 2021, platform ni tutup tiba-tiba.
Pengguna hilang akses akaun mereka, termasuk duit simpanan bernilai $2.6 bilion. Pengasasnya, Faruk Fatih Özer, hilang tanpa jejak.
10. Skim Piramid Plus Token
Plus Token ni disangka wallet kripto biasa, tapi sebenarnya ia skim piramid. Mereka janji pulangan 10% sebulan kalau pengguna simpan duit dalam wallet tu. Tapi bila skim ni runtuh, lebih $2 bilion duit pelabur lesap.
Kejadian ni adalah antara skim piramid terbesar dalam sejarah kripto.
Apa Pengajaran Dari Semua Ni?
Dunia kripto memang penuh peluang, tapi jangan mudah percaya pada janji manis. Buat kajian, pilih platform yang dipercayai, dan jangan pernah letak semua duit anda dalam satu tempat. Kalau nampak tawaran “too good to be true”, besar kemungkinan ia memang scam!