Nak Jadi Pelabur Saham? Jom Mulakan Dengan 8 Langkah Ini!

Nak Jadi Pelabur Saham? Jom Mulakan Dengan 8 Langkah Ini!

Memulakan pelaburan saham boleh jadi agak mencabar, terutamanya jika korang baru dalam dunia kewangan. Tapi jangan risau, dengan sedikit pengetahuan dan panduan, korang boleh bermula dengan mudah.
 
Nah kami kongsikan 8 perkara yang korang perlu tahu untuk mula terlibat dalam dunia saham:
 
1. Fahami Apa Itu Saham

Sebelum korang mula beli saham, korang kena faham dulu apa itu saham. Saham ni macam sekeping 'tiket' yang tunjukkan korang ada sebahagian pemilikan syarikat. Kalau syarikat tu untung, korang pun boleh untung.
 
2. Belajar Istilah-Istilah Saham

Ada banyak istilah dalam dunia saham yang korang kena faham. Contohnya 'dividen', 'capital gain', 'bear market', 'bull market', dan banyak lagi. Korang boleh belajar istilah-istilah ni dari internet atau buku-buku pelaburan.
 
3. Buka Akaun CDS dan Broker

Untuk beli saham, korang perlu ada akaun CDS dan akaun broker. Akaun CDS tu macam tempat simpanan saham korang, manakala broker tu macam orang tengah yang uruskan beli jual saham.
 
4. Buat Research

Sebelum beli saham, korang kena buat research dulu. Tengok laporan kewangan syarikat, berita pasal syarikat tu, dan macam-macam lagi. Jangan beli saham ikut suka hati je.
 
5. Jangan Letak Semua Telur Dalam Satu Bakul

Diversifikasi tu penting. Maksudnya, jangan labur semua duit korang dalam satu saham je. Kalau saham tu jatuh, korang boleh rugi besar. Sebaliknya, kalau korang ada banyak saham dari syarikat yang berbeza, risiko tu boleh kurang sikit.
 
6. Sabar

Dalam dunia saham, sabar adalah kunci utama. Jangan harap nak untung besar dalam masa yang singkat. So, beli saham dan tunggu.
 
7. Jangan Ikut Emosi

Dalam pelaburan, jangan ikut emosi. Jangan beli saham sebab orang lain kata untung, dan jangan jual saham sebab takut bila harga saham jatuh. Buat keputusan berdasarkan fakta dan research, bukan emosi.
 
8. Terus Belajar

Dunia saham ni sentiasa berubah. So, korang kena terus belajar dan update diri dengan info terkini.
 
Itu la serba sedikit pasal dunia pelaburan saham. Ingat, pengetahuan tu penting. Jadi teruskan belajar dan jangan takut untuk melabur!
 
Back to blog
  • Forex VS Saham

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

  • Apa Itu Position Sizing?

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

  • Saham VS Unit Trust

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

1 of 3

Nak Upgrade Ilmu?

1 of 6