Warren Buffett: Jutawan Kedekut yang Tak Berhenti Buat Duit
Bayangkan seorang lelaki yang kaya gila-gila—bernilai lebih $100 bilion—tapi hidup macam orang biasa. Rumahnya? Hanya $31,500. Telefon pintar? Langsung tak ada. Makan pun? Junk food 24/7.
Ini kisah di sebalik genius pelaburan paling hebat dalam sejarah—Warren Buffett.
🔰Dari Budak 11 Tahun Jadi Investor Paling Power
Tahun 1930, seorang budak bernama Warren Buffett mula melabur. Umur 11 tahun dia dah beli 3 saham syarikat minyak dengan harga $38.25 setiap satu. Bila saham tu naik ke $200 lebih, Buffett dah pun jual awal-awal dengan untung kecil.
Walaupun rugi “peluang besar”, bakat budak ni dah mula terserlah.
Umur 15 tahun, keluarganya pindah ke Washington DC. Normal lah umur 15—tapi Buffett kerja dua tempat serentak dan mula jual macam-macam barang untuk tambah duit.
Apa dia buat dengan duit tu? Dia beli ladang pertanian. Umur 15 tu!
Tapi bapanya tetap paksa dia ikut jalan ‘normal’. Buffett pun habiskan pengajian, bayar sendiri kos universiti, dan ditolak masuk Harvard. Tak patah semangat, dia masuk ke Columbia Business School.
🔰Gurunya: Benjamin Graham
Di Columbia, Buffett jumpa Benjamin Graham, penulis buku legenda The Intelligent Investor. Graham ajar Buffett cara jadi pelabur bijak dan akhirnya—Buffett lulus dengan cemerlang.
Tapi masa nak mulakan kerjaya, Buffett ada masalah besar: dia takut bercakap dengan orang. Introvert, katanya. Dia sedar kalau nak berjaya, dia kena belajar public speaking. Jadi dia paksa diri ikut program bercakap dan akhirnya, makin lama makin yakin.
Hasilnya? Dia dapat kerja di syarikat Benjamin Graham sendiri.
🔰Berdikari & Lahirnya Buffett Partnership
Selepas Graham bersara, Buffett pun berdiri atas kaki sendiri. Umur 25 tahun, dia tubuhkan Buffett Partnership LTD. Tak ada pejabat mewah, tak ada staff—dia cuma bekerja dari rumah kecilnya.
Tapi pelan-pelan, dia tukar modal $100,000 menjadi $7 juta. Sampai satu masa, dia uruskan aset bernilai lebih $40 juta.
Strategi dia? ‘Cigar Butt Investing’—beli saham yang super murah walaupun syarikat tu “tak cantik”. Hasilnya, Buffett mula kumpul berjuta-juta.
🔰Kebangkitan Berkshire Hathaway
Pada tahun 1969, Buffett ambil risiko besar. Dia tutup partnership sebab takut keadaan pasaran jadi tak menentu. Tapi dia tak berhenti di situ—dia beli syarikat hampir mati: Berkshire Hathaway.
Benda ni bermula sebagai dendam. Pemilik syarikat tu cuba tipu Buffett masa jual saham. Buffett bengang—dia beli seluruh syarikat dan pecat pemilik lama tu. Savage, kan?
Lepas tu, dia transformasi Berkshire jadi holding company. Dengan nasihat partner rapatnya, Charlie Munger, Buffett tukar strategi pelaburan. Dia mula beli syarikat berkualiti tinggi pada harga ‘adil’ (fair value).
Contoh? Coca Cola, American Express, Washington Post—semua bagi pulangan mega.
🔰Rahsia Kejayaan: Insurans
Tapi rahsia besar Buffett terletak pada syarikat insurans. Dia labur lebih banyak dalam insurans sehingga saham Berkshire naik mencanak ke $7,000.
Buffett pun jadi bilionaire.
Dari situ, tiada siapa boleh hentikan Buffett. Syarikat seperti Goldman Sachs pun melabur dalam Berkshire, menjadikannya salah satu syarikat paling untung dalam sejarah.
🔰Gaya Hidup Frugal & Makan Junk Food
Walaupun jadi orang terkaya dunia pada tahun 2008, gaya hidup Buffett tetap simple. Rumah kecil, kereta biasa, dan makan macam budak sekolah—McDonald’s dan Coca Cola setiap hari.
Sebab apa? Sebab dia memiliki syarikat-syarikat tu. Jadi setiap gigitan dan teguk minuman tu bukan saja “makan”, tapi pemasaran percuma untuk bisnes dia.
🔰Pengajaran Dari Buffett
Kisah Warren Buffett ajar kita satu benda penting:
• Jangan takut buat keputusan pelik.
• Belajar dari orang yang lebih pandai.
• Hidup simple tak bermakna kita tak boleh berjaya besar.
“The more you learn, the more you earn.”
Begitulah kata-kata Buffett—pelabur legenda yang membuktikan kejayaan datang dari kebijaksanaan, bukan kemewahan.