Risk-Reward Trading: Macam Mana Nak Tahu Setup Berbaloi?

Risk-Reward Trading: Macam Mana Nak Tahu Setup Berbaloi?

Macam mana nak tahu setup itu betul-betul berbaloi dari sudut risk-reward?

Kadang-kadang chart nampak cantik.

Harga dekat support. Candle nampak menarik. Volume pun macam ada tanda-tanda minat mula masuk. Tapi satu benda yang ramai terlepas pandang ialah: adakah setup itu benar-benar berbaloi untuk diambil?

Dalam technical analysis, bukan setiap peluang yang nampak menarik itu patut dibeli. Sebab akhirnya, kita bukan sekadar cari saham yang boleh naik. Kita cari peluang yang risikonya masuk akal berbanding potensi untung.

Di sinilah konsep risk-reward menjadi penting.

Contohnya, kalau kita masuk satu saham pada harga RM1.00, cut loss di RM0.95 dan sasaran harga di RM1.10, maksudnya kita risiko 5 sen untuk cuba dapat 10 sen. Itu risk-reward 1:2. Secara asasnya, setup ini lebih menarik berbanding situasi kita risiko 10 sen untuk cuba dapat 5 sen.

Masalahnya, ramai trader buat terbalik.

Mereka masuk dulu sebab takut terlepas, kemudian baru fikir cut loss di mana. Bila harga jatuh, barulah mula cari alasan kenapa saham itu masih boleh naik. Akhirnya, risk-reward asal sudah hilang, tetapi posisi masih dipegang.

Sebelum entry, tiga perkara ini kena jelas:

Pertama, di mana kawasan entry yang logik. Bukan sekadar kejar harga yang sedang laju naik.

Kedua, di mana paras cut loss yang munasabah. Biasanya di bawah support penting, bawah swing low, atau bawah struktur yang membatalkan setup.

Ketiga, di mana sasaran realistik. Boleh jadi resistance terdekat, previous high, atau kawasan supply yang pernah tekan harga sebelum ini.

Kalau jarak cut loss terlalu jauh tapi ruang naik terlalu kecil, setup itu mungkin tak cukup menarik walaupun chart nampak kemas.

Risk-reward bukan jaminan untung. Tapi ia bantu kita pilih setup dengan lebih waras.

Sebab dalam trading, kita tak perlu betul setiap masa. Yang penting, bila salah rugi terkawal. Bila betul, untung cukup besar untuk cover beberapa kesilapan kecil sebelum itu.

Chart cantik hanya permulaan.

Setup yang baik mesti ada pelan yang jelas sebelum tekan buy.

 

KEMBALI

Nak Faham Cara Baca Chart Dengan Lebih Tersusun?

Dapatkan akses video modul Technical Analysis dan belajar ikut pace sendiri.

Tawaran khas untuk 100 pembeli pertama!