Cara Letak Stop Loss Yang Logik Dalam Trading

Cara Letak Stop Loss Yang Logik Dalam Trading

Macam mana nak letak stop loss yang logik, bukan sekadar ikut rasa takut?

Salah satu kesilapan biasa trader ialah letak stop loss ikut emosi.

Harga baru turun sikit, terus rasa takut. Letak stop loss terlalu dekat. Bila harga turun cucuk sikit, kena stop loss. Lepas itu harga naik semula.

Sakit hati.

Tapi ada juga yang buat sebaliknya. Tak nak rugi kecil, jadi letak stop loss terlalu jauh. Kononnya nak bagi ruang harga “bernafas”. Masalahnya, bila setup itu memang gagal, kerugian jadi lebih besar daripada yang sepatutnya.

Sebab itu stop loss tak patut diletakkan berdasarkan rasa takut semata-mata. Ia patut diletakkan pada kawasan yang menunjukkan idea trade kita sudah tidak valid.

Contohnya, kalau kita beli sebab harga sedang membuat higher low dalam uptrend, stop loss yang lebih logik biasanya berada di bawah swing low penting. Kenapa? Sebab kalau harga jatuh bawah kawasan itu, struktur uptrend mungkin sudah mula lemah.

Kalau kita beli ketika breakout, stop loss boleh dirancang sekitar kawasan breakout yang gagal dipertahankan. Jika harga pecah resistance, kemudian jatuh semula dan gagal hold atas level itu, itu mungkin tanda breakout tersebut tidak kuat.

Dalam bahasa mudah, stop loss ialah tempat kita mengaku:

“Okay, setup ini tak menjadi seperti yang dirancang.”

Bukan tempat kita letak secara rawak.

Ramai trader terlalu fokus pada entry cantik, tapi kurang fikir tentang invalidation point. Sedangkan sebelum tekan buy, kita sepatutnya sudah tahu dua perkara: di mana kita salah, dan berapa banyak risiko yang sanggup kita terima.

Stop loss yang baik bukan bermaksud mesti jauh. Bukan juga mesti dekat. Ia mesti masuk akal dengan struktur chart.

Kalau stop loss terlalu dekat dengan noise harian, mudah sangat kena. Kalau terlalu jauh, risk-reward pula jadi tak menarik.

Sebab itu sebelum masuk trade, tengok dulu sama ada ruang dari entry ke stop loss masih sesuai dengan potensi target. Kalau risiko RM1 untuk kejar untung RM0.50, mungkin setup itu nampak cantik tapi tak berbaloi.

Kesimpulannya, stop loss bukan alat untuk elak rugi sepenuhnya. Rugi tetap sebahagian daripada trading.

Tapi stop loss membantu kita pastikan satu trade yang salah tidak merosakkan keseluruhan modal.



KEMBALI

Nak Faham Cara Baca Chart Dengan Lebih Tersusun?

Dapatkan akses video modul Technical Analysis dan belajar ikut pace sendiri.

Tawaran khas untuk 100 pembeli pertama!