Bila Trend Saham Masih Sihat atau Mula Patah?
Bila sebenarnya trend dikira masih sihat, dan bila ia mula bagi amaran awal?
Dalam technical analysis, ramai trader suka cari saham yang sedang uptrend. Nampak harga makin tinggi, moving average pun cantik, chart pun sedap mata memandang. Tapi masalahnya, bukan semua kenaikan itu masih sihat.
Kadang-kadang harga masih nampak naik, tapi struktur dalaman chart sudah mula lemah. Buyer makin kurang agresif. Volume mula mengecil. Harga masih boleh buat new high, tapi momentum tak sekuat sebelum ini. Inilah fasa yang ramai terlepas pandang.
Trend yang sihat biasanya ada struktur yang jelas. Dalam uptrend, harga cenderung buat higher high dan higher low. Maksudnya, setiap kenaikan mampu pecah paras tinggi sebelumnya, dan setiap kejatuhan pula masih bertahan di atas paras rendah sebelumnya.
Selagi struktur ini kekal, trend masih boleh dianggap sihat.
Tapi bila harga mula gagal buat higher high, kemudian jatuh dan pecahkan higher low sebelumnya, di situlah tanda awal trend mungkin sudah mula patah. Bukan semestinya terus jadi downtrend besar, tapi ia signal bahawa kekuatan buyer sudah tidak sama seperti sebelum ini.
Trader juga kena tengok reaksi harga di kawasan penting seperti support, resistance, moving average, dan volume. Kalau harga jatuh ke support tapi cepat melantun dengan volume baik, itu mungkin sekadar pullback sihat. Tapi kalau support pecah dengan volume besar dan harga gagal recover, itu lebih membimbangkan.
Kesilapan biasa ialah terlalu fokus pada satu candle sahaja. Satu candle merah besar belum cukup untuk kata trend sudah patah. Begitu juga satu candle hijau selepas jatuh belum cukup untuk kata trend sudah pulih. Yang lebih penting ialah struktur harga secara keseluruhan.
Soalan penting yang trader perlu tanya:
Adakah harga masih buat higher high dan higher low?
Adakah pullback masih terkawal?
Adakah volume menyokong kenaikan?
Adakah support penting masih bertahan?
Adakah harga recover semula selepas jatuh?
Dalam trading, kita bukan cuba teka puncak. Kita cuba baca perubahan karakter harga. Bila trend masih sihat, kita boleh kekal ikut trend dengan pengurusan risiko yang jelas. Tapi bila trend mula patah, jangan terlalu degil mempertahankan bias lama.
Market tak perlu ikut pendapat kita.
Kita yang kena belajar ikut bahasa market.
