Breakout Saham: Cara Bezakan Breakout Berkualiti

Breakout Saham: Cara Bezakan Breakout Berkualiti

Breakout macam mana yang lebih berkualiti dan bukan fake breakout?

Antara kesilapan biasa trader ialah bila nampak harga pecah resistance, terus anggap saham itu sudah confirm nak naik.

Nampak candle tutup atas resistance sikit, terus rasa “ini dia peluang”. Tapi lepas beli, harga patah balik bawah resistance. Dari breakout yang nampak cantik, tiba-tiba jadi fake breakout.

Sebab itu, breakout tak boleh dilihat hanya pada satu perkara sahaja. Bukan sekadar “harga pecah level”. Yang lebih penting ialah bagaimana harga pecah level itu, apa yang berlaku sebelum pecah, dan apa reaksi harga selepas pecah.

Breakout yang lebih berkualiti biasanya berlaku selepas harga berehat atau berkumpul dalam satu range yang agak jelas. Lagi lama harga membina base, biasanya lagi ramai pelabur sedang memerhati level yang sama. Bila akhirnya harga pecah resistance dengan volume yang kuat, itu tanda minat belian mula masuk dengan lebih serius.

Tapi kalau harga tiba-tiba spike pecah resistance tanpa struktur yang jelas, tanpa volume yang meyakinkan, atau hanya naik kerana emosi market sekejap, risiko fake breakout lebih tinggi. Ini yang selalu jadi bila saham sudah terlalu laju naik, kemudian cuba pecah resistance dalam keadaan momentum sudah penat.

Satu lagi tanda penting ialah candle closing. Harga boleh sahaja cucuk atas resistance intraday, tapi kalau akhirnya tutup balik bawah level itu, breakout tersebut masih lemah. Trader biasanya mahu lihat harga tutup dengan kemas atas resistance, bukan sekadar sentuh dan patah balik.

Lepas breakout, perhatikan juga sama ada harga mampu bertahan atas level tersebut. Kadang breakout yang baik tidak terus naik laju. Ia mungkin retest semula kawasan resistance lama yang kini menjadi support. Kalau harga berjaya bertahan di situ dan pembeli masuk semula, breakout itu nampak lebih sihat.

Fake breakout pula biasanya ada beberapa tanda. Harga pecah resistance, tapi volume tidak menyokong. Candle nampak panjang di atas tetapi close lemah. Lepas breakout, harga cepat masuk balik ke dalam range. Ini menunjukkan pembeli tidak cukup kuat untuk kekalkan momentum.

Jadi, jangan terlalu cepat kejar setiap breakout. Tanya dulu: level itu jelas atau tidak? Volume masuk atau tidak? Candle close kuat atau tidak? Harga mampu bertahan selepas breakout atau tidak?

Dalam technical analysis, breakout yang baik bukan sekadar harga pecah resistance. Ia perlu ada struktur, volume, closing yang meyakinkan dan follow-through selepas itu. Itu yang membezakan breakout berkualiti dengan breakout yang sekadar perangkap.



KEMBALI

Nak Faham Cara Baca Chart Dengan Lebih Tersusun?

Dapatkan akses video modul Technical Analysis dan belajar ikut pace sendiri.

Tawaran khas untuk 100 pembeli pertama!