Dari Yunnan ke Nasdaq: Bos Chagee Masuk Kelab Billionaire Umur 30 Tahun

Dari Yunnan ke Nasdaq: Bos Chagee Masuk Kelab Billionaire Umur 30 Tahun

Siapa sangka, dari sebuah kedai teh di Yunnan tujuh tahun lepas, kini Zhang Junjie, pengasas dan CEO Chagee, dah pun rasmi jadi billionaire pada usia baru 30 tahun. Semua ni berlaku lepas syarikat dia, Chagee Holdings, debut kat pasaran saham Nasdaq, tengah-tengah suasana pasaran IPO yang lembap dan hubungan AS-China yang masih tegang.


Masa mula disenaraikan 17 April lepas, harga saham Chagee terus melonjak 40% waktu tengah hari di New York — dan terus tolak nilai bersih Zhang ke paras US$2.6 bilion, ikut kiraan Bloomberg. Menariknya, semua kekayaan tu datang dari pegangan dia dalam Chagee. Kaya betul-betul sebab teh.


Chagee ni bukan macam kedai bubble tea biasa. Mereka fokus pada teh susu premium yang pakai daun teh asli jenis hijau, hitam dan oolong. Konsep kedai pun ala-ala Starbucks — tenang, moden, tapi harga minuman just lebih sikit dari US$2. Nak kata hipster, tapi masih rakyat marhaen boleh enjoy.


Jenama ni sekarang dah ada lebih 6,400 cawangan seluruh dunia, majoritinya di China. Dekat Malaysia pun dah nampak banyak, walaupun ada juga kontroversi bila aplikasi mereka tunjuk peta dengan ‘nine-dash line’ — isu sensitif bagi negara-negara Asia Tenggara.


Apa yang buat Chagee lain dari yang lain?

Mereka mainkan konsep ‘kembali ke akar’, gabung cara penyediaan teh zaman dulu dengan teknologi moden. Dalam zaman orang makin tinggalkan minuman manis, pendekatan ni memang kena dengan selera golongan urban yang makin health-conscious.


Walaupun pasaran teh premium makin besar (pasaran minuman teh segar dijangka naik dari 273 bilion yuan ke 426 bilion yuan menjelang 2028), industri ni pun dah mula nampak tepu — especially kat bandar besar macam Hong Kong. Banyak juga syarikat bubble tea yang harga sahamnya menjunam lepas IPO. Tapi Zhang nampaknya berjaya buktikan Chagee lain macam.


Tak hairan kalau lepas ni Chagee jadi pesaing serius Starbucks di peringkat global. Tapi dalam suasana perang dagang US-China yang tak surut-surut, Chagee terpaksa hadap cabaran yang lebih daripada sekadar sedapnya teh.


Zhang Junjie mungkin baru 30 tahun, tapi langkah dia besar. Dari teh jadi bilion — tak main-main.

KEMBALI
1 of 4
VIDEO: Saham One2Go - ELITISTA

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR