40 Kerjaya Mungkin Hilang Akibat AI – Anda Salah Satunya?

40 Kerjaya Mungkin Hilang Akibat AI – Anda Salah Satunya?

Kita semua tahu AI (artificial intelligence) makin hari makin pintar. Dulu kita guna AI untuk bantu cari jalan paling cepat ke pejabat, atau minta idea masak malam. Sekarang? AI dah boleh tulis laporan, buat analisa pasaran, dan siapkan kerja yang dulu ambil masa berjam-jam — dalam beberapa saat.

Microsoft baru-baru ni keluarkan satu laporan bertajuk “Working with AI: Measuring the Occupational Implications of Generative AI”, hasil kerjasama dengan OpenAI dan LinkedIn. Laporan ni bukan sekadar senaraikan kerja yang bakal pupus, tapi lebih kepada bagaimana AI bakal ubah cara kerja dilakukan.


AI Bukan Ganti Manusia, Tapi Ubah Cara Kita Bekerja?

Menurut Kiran Tomlinson, penyelidik kanan di Microsoft:

“Kajian ini bukan nak cakap AI akan ganti manusia. Tapi ia tunjukkan kerja mana yang akan banyak dipengaruhi AI — terutamanya kerja yang libatkan penulisan, penyelidikan dan komunikasi.”

Maksudnya, AI tak terus ‘hapuskan’ sesuatu kerjaya — tapi dia mungkin ambil alih sebahagian tugas rutin, membosankan atau teknikal.

Tapi… ada juga kerja yang ‘risiko tinggi’. Maksudnya, kalau anda kerja dalam bidang ni dan tak adapt dengan AI, memang boleh tergugat masa depan.


Antara 40 Kerjaya Yang ‘Panas’

Berikut antara jenis kerja yang Microsoft senaraikan sebagai paling terdedah kepada AI:

  • Penulis kandungan / copywriter
  • Pembantu peribadi / pentadbiran
  • Penganalisis kewangan
  • Jurujual dalam talian
  • Khidmat pelanggan (terutamanya live chat dan email)
  • Penterjemah
  • Pembantu undang-undang (paralegal)
  • Penyelidik pasaran 
  • Wartawan dan penulis berita

Senarainya panjang — tapi satu corak jelas boleh kita nampak: kerja yang banyak bergantung pada komputer, teks dan komunikasi — memang cepat ‘diserap’ AI.


Jadi Apa Kita Patut Buat?

AI bukan musuh, tapi alat. Kalau tahu cara guna, AI boleh jadi ‘partner’ kerja yang paling efisien. Tapi kalau kita abaikan, memang boleh tinggal di belakang.

✅ Upgrade skill — belajar guna AI tools macam ChatGPT, Notion AI, Grammarly dan sebagainya.

✅ Fokus pada skill manusia — empati, kreativiti, pemikiran kritikal, dan komunikasi interpersonal.

✅ Jangan takut berubah — AI sentiasa berubah, kita pun kena sentiasa belajar dan sesuaikan diri.


 

AI takkan hentikan dunia. Tapi dia pasti ubah cara kita hidup dan kerja. Yang kekal relevan nanti — bukan yang paling bijak, tapi yang paling cepat belajar dan adapt.

Jadi… kerja anda ada dalam senarai 40 tu ke? Kalau ya — mungkin dah sampai masa untuk anda mula ‘berbaik’ dengan AI.

KEMBALI
1 of 4
VIDEO: Saham One2Go - ELITISTA

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR