PE Ratio Rendah: Saham Murah atau Value Trap?

PE Ratio Rendah: Saham Murah atau Value Trap?

Bila PE ratio nampak rendah, adakah saham itu benar-benar undervalued?

Ramai pelabur suka bila jumpa saham dengan PE ratio rendah.

Nampak macam murah.

Nampak macam peluang.

Nampak macam pasaran belum sedar nilai sebenar syarikat tu.

Tapi dalam fundamental analysis, PE ratio rendah tak semestinya bermaksud saham itu undervalued. Kadang-kadang ia rendah sebab pasaran memang sedang “menghukum” saham itu atas sebab yang munasabah.

Contohnya, syarikat mungkin mencatatkan untung yang tinggi dalam tempoh terbaru, tapi untung itu datang daripada faktor sementara. Mungkin ada jualan aset, keuntungan forex, reversal impairment, atau cukai yang lebih rendah daripada biasa. Bila untung naik secara sementara, PE ratio akan nampak rendah. Tapi kalau untung itu tidak berulang, PE sebenar pada masa depan mungkin tidaklah serendah yang kita sangka.

Sebab itu, pelabur tak boleh tengok PE secara kosong.

Kena tanya: untung syarikat ini datang daripada operasi utama atau benda sekali lalu?

Kalau untung datang daripada bisnes utama, itu lebih menarik. Maksudnya syarikat memang jual lebih banyak, margin makin baik, kos terkawal, atau permintaan produk masih kuat.

Tapi kalau untung naik sebab benda luar biasa, kena hati-hati. Pasaran mungkin sudah tahu perkara itu dan sebab itu saham masih tak bergerak walaupun PE nampak rendah.

Satu lagi, PE rendah boleh berlaku bila industri syarikat sedang masuk fasa perlahan. Contohnya demand mula lemah, harga jualan jatuh, margin mengecil, atau order book tidak lagi bertambah. Dalam keadaan macam ini, earnings tahun lepas mungkin nampak cantik, tapi earnings akan datang belum tentu mampu kekal.

Inilah yang selalu jadi perangkap.

Pelabur beli sebab nampak PE 5 kali atau 7 kali. Tapi beberapa suku tahun kemudian, untung jatuh. Bila earnings jatuh, PE akan naik semula walaupun harga saham tak naik pun.

Maksudnya, saham itu bukan murah. Earnings dia yang sedang berada di puncak.

Untuk nilai sama ada PE rendah itu peluang atau perangkap, kita kena tengok beberapa benda.

Pertama, kualiti earnings. Adakah untung datang daripada operasi sebenar?

Kedua, trend revenue dan margin. Adakah jualan dan keuntungan masih berkembang, atau mula perlahan?

Ketiga, cash flow. Adakah syarikat benar-benar jana tunai, atau untung hanya cantik dalam penyata kewangan?

Keempat, prospek industri. Adakah sektor itu masih ada ruang berkembang, atau sedang masuk kitaran menurun?

Kelima, balance sheet. Kalau hutang tinggi, PE rendah pun belum tentu selesa.

PE ratio rendah hanya titik mula untuk kajian, bukan jawapan akhir. Ia macam lampu isyarat yang suruh kita tengok lebih dekat.

Kadang-kadang memang ada saham berkualiti yang pasaran terlepas pandang.

Tapi kadang-kadang, PE rendah itu bukan diskaun.

Ia amaran awal bahawa earnings syarikat mungkin susah untuk dikekalkan.

 

KEMBALI

Nak Faham Cara Nilai Syarikat Dengan Lebih Yakin?

Dapatkan akses video modul Fundamental Analysis dan belajar ikut pace sendiri.

Tawaran khas untuk 100 pembeli pertama!