Earnings Naik Mendadak: Growth atau One-Off Gain?

Earnings Naik Mendadak: Growth atau One-Off Gain?

Earnings naik mendadak: growth sebenar atau one-off gain?

Ini antara benda paling mudah buat pelabur teruja bila baca quarterly report.

Tengok tajuk berita:
“Untung bersih melonjak 300%.”
“Earnings naik berkali ganda.”
“Prestasi suku tahunan terbaik.”

Nampak macam syarikat tengah meletup. Tapi bila buka laporan lebih dalam, baru nampak rupanya kenaikan itu bukan datang daripada operasi bisnes utama.

Kadang-kadang untung naik sebab syarikat jual tanah, jual bangunan, jual subsidiari, dapat pampasan, reversal impairment, forex gain, tax credit atau keuntungan luar biasa yang hanya berlaku sekali sahaja.

Maksudnya, duit itu mungkin memang masuk. Tapi ia bukan keuntungan yang syarikat boleh ulang setiap suku tahun.

Di sinilah pelabur kena bezakan antara earnings growth dengan quality of earnings.

Kalau untung naik sebab revenue makin besar, margin makin baik, order book bertambah, pelanggan makin ramai, kapasiti kilang makin digunakan, atau kos makin terkawal — itu lebih menarik. Sebab ia menunjukkan bisnes utama memang sedang berkembang.

Tapi kalau revenue biasa-biasa sahaja, operating profit tak banyak berubah, cash flow pun lemah, tiba-tiba net profit melonjak sebab “other income” naik besar — itu kena hati-hati. Bukan semestinya buruk, tapi jangan terus anggap syarikat itu sudah masuk fasa growth baharu.

Contoh mudah.

Syarikat untung RM10 juta tahun lepas. Tahun ini untung RM50 juta. Nampak growth 400%.

Tapi daripada RM50 juta itu, RM35 juta datang daripada keuntungan jual aset. Untung operasi sebenar cuma RM15 juta. Jadi growth sebenar bisnes bukan 400%. Ia mungkin cuma naik sederhana sahaja.

Sebab itu, bila nampak earnings naik mendadak, jangan berhenti pada angka untung bersih. Semak beberapa perkara.

Pertama, tengok revenue. Kalau revenue tak naik banyak, tapi profit naik luar biasa, tanya dari mana datangnya kenaikan itu.

Kedua, semak bahagian “other income”. Kadang-kadang jawapan sebenar duduk di situ.

Ketiga, bandingkan operating profit dengan net profit. Kalau operating profit biasa sahaja tapi net profit melonjak, mungkin ada faktor luar biasa.

Keempat, tengok cash flow from operations. Untung yang sihat biasanya lama-kelamaan patut nampak juga pada aliran tunai.

Kelima, baca nota pengurusan. Biasanya syarikat akan jelaskan sama ada kenaikan itu datang daripada jualan lebih tinggi, margin lebih baik, atau item bukan berulang.

Bagi trader, earnings jump memang boleh jadi catalyst jangka pendek. Harga boleh bergerak sebab pasaran suka angka besar.

Tapi bagi pelabur yang mahu pegang lebih lama, soalan sebenar ialah:
boleh tak keuntungan ini berulang lagi pada suku tahun akan datang?

Kalau jawapannya ya, mungkin itu tanda syarikat sedang masuk fasa pertumbuhan lebih baik.

Kalau jawapannya tidak, mungkin itu cuma satu suku tahun yang nampak cantik atas kertas.

Dalam fundamental analysis, bukan semua untung yang besar itu sama kualitinya. Yang kita nak cari bukan sekadar syarikat yang untung sekali besar, tapi syarikat yang mampu jana keuntungan secara konsisten daripada bisnes utamanya.



KEMBALI

Nak Faham Cara Nilai Syarikat Dengan Lebih Yakin?

Dapatkan akses video modul Fundamental Analysis dan belajar ikut pace sendiri.

Tawaran khas untuk 100 pembeli pertama!