Seperti bola sepak, ada pemain pertahanan dan pemain penyerang. Dalam pasaran saham juga ada sektor yang diklasifikasikan sebagai offensive, dan ada sektor yang dikatakan defensive.
Sektor yang offensive menawarkan pulangan yang tinggi ketika sector tersebut sedang berkembang manakala sector yang defensive lebih stabil dan mampu memberikan pulangan yang menarik di dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
Sektor-sektor ini akan berubah-ubah mengikut kitaran ekonomi dunia atau negara.
Sebagai contoh, sektor teknologi pernah dikategorikan sebagai offensive sector sewaktu sektor ini berkembang pesat dan sektor pertanian pernah dianggap sebagai defensif kerana keperluannya yang sentiasa ada sepanjang tahun.
Kelebihan sektor yang offensive ini adalah potensi pergerakan harga turun dan naik yang tidak menentu sekaligus memberikan peluang yang tinggi untuk pelabur mencari keuntungan. Manakala sektor defensif kebiasaannya bergerak dalam jajaran yang stabil, namun ia memberikan lebih keselamatan ke atas modal pelaburan pelabur.
Namun klasifikasi offensive dan defensive ini tidaklah kekal selama-lamanya dan boleh bertukar-tukar (Sector Rotation). Ianya bergantung kepada supply dan demand di pasaran terutamanya diperingkat global.
Tatkala market kemerahan dibenam sang beruang, kebiasaannya sector-sector seperti Utilities, Consumer Staples, Healthcare dan Energy menjadi pilihan kerana sifatnya yang defensive.
Jadi pilih kaunter-kaunter yang bersesuaian mengikut strategy anda untuk mengurangkan tahap risiko anda.