Indeks-Indeks Utama di Bursa Malaysia
Berikut adalah beberapa indeks utama berkaitan dengan pasaran Bursa Malaysia:
Indeks berdasarkan Pasaran Utama:
Indeks ini merangkumi 30 syarikat terbesar berdasarkan nilai pasaran penuh yang memenuhi keperluan kelayakan yang dinyatakan.
2. Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70
Indeks ini merangkumi 70 syarikat berikutnya berdasarkan nilai pasaran penuh yang memenuhi keperluan kelayakan yang dinyatakan.
3. Indeks FTSE Bursa Malaysia Top 100
Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70.
4. Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap
Indeks ini merangkumi syarikat-syarikat yang layak dalam 98% teratas Pasaran Utama berdasarkan nilai pasaran penuh yang memenuhi keperluan kelayakan yang dinyatakan, tetapi bukan konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia Top 100.
5. Indeks FTSE Bursa Malaysia MidS Cap
Indeks ini merangkumi syarikat-syarikat yang layak dalam Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS yang memenuhi keperluan nilai pasaran yang dinyatakan (RM200juta - RM2Billion)
6. Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS
Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia Top 100 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap.
7. FTSE Bursa Malaysia EMAS Industry Indices
Indeks-Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS yang dikelompokkan kepada 10 Industri , 19 Supersektor dan 39 Sektoral. Industri, supersektor, dan sektor ini ditakrifkan dalam Industry Classification Benchmark (ICB).
8. Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah
Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS yang patuh Shariah mengikut metodologi penapisan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC).
9. Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah
Indeks ini merangkumi 30 syarikat terbesar berdasarkan kapitalisasi pasaran penuh dalam Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS yang mematuhi penapisan Yasaar dan metodologi penapisan SAC.
10. Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap Shariah
Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia Small Cap yang patuh Shariah mengikut metodologi penapisan SAC.
11. Indeks FTSE Bursa Malaysia MidS Cap Shariah
Indeks ini merangkumi konstituen-konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia MidS Cap yang patuh Shariah mengikut metodologi penapisan SAC.
12. Indeks FTSE Bursa Malaysia Fledgling
Indeks ini merangkumi syarikat-syarikat Pasaran Utama yang memenuhi keperluan kelayakan yang dinyatakan, tetapi bukan dalam 98% teratas berdasarkan nilai pasaran penuh dan bukan konstituen Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS.
Indeks berdasarkan Pasaran ACE:
13. Indeks FTSE Bursa Malaysia ACE
Indeks ini merangkumi semua syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE. Konstituen-konstituen dikehendaki memenuhi keperluan kelayakan.
Indeks berdasarkan pasaran Asia Pasifik:
14. Indeks FTSE Bursa Malaysia Asian Palm Oil Plantation
Indeks ini merangkumi syarikat-syarikat dari kawasan Asia Pasifik yang diklasifikasikan oleh FTSE sebagai negara-negara yang berkembang, negara-negara yang berkembang maju, dan negara-negara yang berkembang sekunder, kecuali Jepun, Australia, dan New Zealand, yang mendapat pendapatan yang besar daripada aktiviti minyak kelapa sawit. Konstituen-konstituen dikehendaki memenuhi keperluan kelayakan.
Indeks-indeks ini mempunyai pelbagai fungsi, termasuk sebagai penanda aras, penjejakan prestasi pasaran, dan memenuhi strategi pelaburan tertentu seperti pelaburan patuh Shariah atau berkaitan dengan minyak kelapa sawit.