"Dawn Raid" - Serangan Subuh

"Dawn Raid" - Serangan Subuh

Dawn Raid – Serangan Malaysia Untuk Ambil Alih Guthrie Dari British
 
Bahkan, kisah ini mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Sekitar penghujung era 70-an dan awal dekad 80-an, negara kita masih dalam transisi perubahan fokus ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor pembuatan dan pengeluaran.
 
Dengan kata lain, setelah hampir 25 tahun mengecapi kemerdekaan Malaysia mula mahu keluar dari bayang-bayang British dan ingin membangunkan negara dan bangsa Malaysia dengan acuan kita tersendiri.
 
Namun ini bukanlah suatu kerja yang mudah kerana kuku dan DNA British yang telah berakar umbi selama hampir 200 tahun masih pekat melingkari di segenap tindak tanduk negara kita.
 
Perkara ini menjadi ‘unspoken hatred’ dalam kalangan tokoh pemimpin negara kita ketika itu, dan mereka sering mencari jalan untuk melemahkan pengaruh British dalam birokrasi dan aktiviti ekonomi yang kita jalankan.
 
Antara yang paling terkedepan melawan British ni tidak lain ialah Gabenor Bank Negara ketika itu Datuk Ismail Ali.
 
Pada sela masa yang sama, Malaysia memiliki Perdana Menteri baru, tidak lain Dr Mahathir Mohamad yang sememangnya tidak gemar dengan perangai syarikat-syarikat British yang masih mahu berlagak tuan di tanah air kita.
 
Kemuncak ketidakpuasan hati ini muncul apabila British melaksanakan beberapa perkara:
 
• Menaikkan yuran pengajian rakyat Malaysia di Britain
• Menghapuskan subsidi pendidikan rakyat Malaysia di Britain
• British menolak permintaan tambahan kuota pendaratan MAS di lapangan terbang Heathrow
• British menolak cadangan kerajaan untuk penanaman semula kelapa sawit oleh syarikat Guthrie milik British yang memberi kesan kepada pendapatan peladang sawit tempatan
• Jualan tanah milik Guthrie kepada kerajaan yang dilihat ‘tidak ikhlas’ kerana tanah-tanah itu langsung tidak sesuai untuk pertanian.
• Guthrie menjual asset-aset kepada syarikat lain tanpa berunding dengan kerajaan Malaysia
 
Oleh yang demikian, Perdana Menteri telah memulakan kempen Buy British Last dan Dasar Pandang Ke Timur untuk memberi tekanan kepada British.
 
Namun itu masih tidak mencukupi. Britain pada masa itu di bawah kepimpinan Margaret Thatcher harus diberi pengajaran yang setimpal.
 
Maka bermulalah projek Dawn Raid yang dikepalai oleh Datuk Ismail, Dr Mahathir dan seorang eksekutif pelaburan hebat bernama Khalid Ibrahim. 
  
 
🔰 Penglibatan utama dalam projek Dawn Raid
 
Projek Dawn Raid ini cuma mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengambil alih Guthrie secara senyap-senyap dengan menyerang London Stock Exchange (LSE) pada suatu masa tertentu.
 
Pegangan kerajaan dalam Guthrie hanyalah 25% melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), selebihnya pegangan saham kecil kecilan dimiliki oleh rakan kerjasama kerajaan seperti Genting, Bank Simpanan Nasional (BSN), Kuwait Investment Group (KIG) dan OCBC di Singapura.
 
Kerajaan yakin dapat memujuk rakan kerjasama supaya menjual saham-saham Guthrie mereka. Cuma, yang menjadi masalah ialah saham saham retailers dan saham sebuah syarikat British yang dipegang oleh M&G Investment Trust sebanyak 17%.
 
Untuk melaksanakan pembelian saham syarikat M&G dan beberapa retailers kecil di Britain, pasukan Malaysia secara rahsia telah menghubungi Rotschild dan Rowe and Pittman untuk menguruskan proses ‘pujukan’ dan pembelian di Britain.
 
Demi membolehkan proses pembelian ini berjalan lancar, kerajaan secara senyap telah meluluskan dana bernilai RM1.2billion yang datang dari 3 GLC utama:
 
1. Petronas
2. Amanah Saham Nasional (ASN)
3. Pernas
   
🔰 Hari Serangan Dawn Raid 7hb September 1981 jam 4pm waktu Malaysia (9am waktu London)
 
Semua pihak sudah bersedia. Khalid Ibrahim perlu meyakinkan BSN, Genting dan KIG di Malaysia. Datuk Ismail terbang ke Singapura untuk memuktamadkan persetujuan dengan OCBC.
 
Manakala Rothschild dan Rowe and Pittman di Britain hanya menunggu green light dari Malaysia untuk menyelesaikan pembelian daripada syarikat M&G dan beberapa retailers yang sudah lebih awal memberi persetujuan.
 
Strateginya, semua tindakan pembelian ini mesti dilaksanakan serentak, tidak boleh langsung diketahui oleh media atau pemain pasaran (untuk mengelakkan price spike) dan mesti BERJAYA!
 
Jam 2pm 7hb September di Singapura, OCBC menolak cadangan pembelian Datuk Ismail Ali walaupun tawaran yang diberikan kepada OCBC adalah tinggi.
 
Dalam masa yang sama, Khalid Ibrahim di Kuala Lumpur memaklumkan berita gembira bahawa BSN, Genting dan KIG telah bersetuju. Datuk Ismail dan Perdana Menteri tetap membuat keputusan untuk meneruskan Dawn Raid walaupun saham OCBC tidak berjaya dimiliki.
 
Mereka berfikir, Rowe and Pittman yang membeli saham saham retailers di Britain bersamaan 11% (dari 17%) M&G sudah cukup menjadikan kerajaan Malaysia sebagai pemegang majoriti Guthrie, walaupun pada masa itu jumlahnya masih tidak pasti.
 
Tepat jam 4.00 petang waktu Malaysia, 9.00 pagi waktu London, sebaik sahaja kaunter LSE dibuka, serangan serentak secara tiba-tiba pun dilancarkan!
 
Saham-saham BSN, KIG, dan Genting beralih tuan, begitu juga dengan M&G dan sejumlah unit saham milik pedagang-pedagang kecil di Britain selamat menjadi milik kerajaan Malaysia.
 
Dalam tempoh masa kurang dari empat jam, pemilikan saham kerajaan Malaysia melalui PNB ke atas Guthrie meningkat kepada 50.41%.
 
Ini secara tidak langsung telah menjadikan PNB sebagai major shareholder kepada syarikat Guthrie – di antara syarikat kebanggaan rakyat British ketika itu.
 
Petang tu, syarikat Guthrie sah menjadi milik Malaysia – tanpa perlu menerima persetujuan Guthrie mahu pun Britain.
 
Betapa hebat dan bijaknya kerajaan Malaysia mengambil alih dan menasionalisasikan sebuah syarikat yang harta dan asetnya tumbuh dari penat lelah rakyat negara kita.
 
Britain dan dunia amnya sangat terkejut dengan serangan yang berlaku pada pagi 7hb September 1981 itu.
 
Malaysia menjadi buah mulut di Eropah dan seluruh dunia kerana kehebatan dan kelicikan demi membela maruah negara dan menjaga kepentingan rakyat negara kita.
 
Alhamdulillah, bangga menjadi rakyat Malaysia. Selama 3 bulan selepas itu, akhirnya seluruh saham Guthrie berubah menjadi milik kerajaan Malaysia.
 
Kerajaan Britain telah sedar yang Malaysia ini bukanlah negara yang boleh dibuli sesuka hati. Mereka mula memandang tinggi dan memberi rasa hormat kepada Malaysia. 
 
Melalui jalan penguasaan pasaran saham, Malaysia berjaya menyelamatkan maruah dan memartabatkan reputasi negara di mata dunia!
 
Hari ini, pasaran kembali menjadi perhatian dan tumpuan ramai dari kita. Kita faham bahawa dengan ilmu, saham menjadi lubuk emas kepada kita semua.
 
Saham bukan skim cepat kaya tetapi inshaAllah akan kaya.
 
 
Bacaan tambahan:
Sumber: thekapital.my, The Star
 
Back to blog
  • Forex VS Saham

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

  • Apa Itu Position Sizing?

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

  • Saham VS Unit Trust

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

1 of 3

Nak Upgrade Ilmu?

1 of 6