Trump Kembali Jadi Presiden: Apa Impaknya Pada Pasaran Kewangan?

Trump Kembali Jadi Presiden: Apa Impaknya Pada Pasaran Kewangan?

Pada 20 Januari 2025, Donald Trump akan kembali mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Kehadiran semula beliau di White House dijangka membawa pengaruh besar terhadap trend ekonomi global dan pasaran kewangan. 

Bagi pelabur, persoalannya kini adalah: patutkah mereka ambil untung atau terus kekal bertahan? Selain itu, apa lagi peristiwa utama yang mungkin menggoncang harga aset?


Apa Itu “Trump Trade” dan Apa yang Kita Boleh Belajar dari Penggal Pertamanya?

 

Semasa Trump menjawat jawatan presiden buat kali pertama (Trump 1.0), pasaran kewangan menunjukkan pola unik yang disebut sebagai “Trump Trade.” Tiga fasa utama boleh diambil sebagai panduan:
 


 

1. Kenaikan Mendadak (Nov 2016 - Jan 2017):

Kemenangan mengejut Trump pada 2016 mencetuskan gelombang keyakinan pelabur. Polisi seperti pelonggaran regulasi, pemotongan cukai, dan pelaburan infrastruktur menarik minat besar, menyebabkan lonjakan pasaran saham dan bon.

2. Fasa Penyesuaian (Mac 2017 - Okt 2017):

Ketika Trump memulakan kerjanya, pelabur mula menyedari bahawa pelaksanaan dasar tidaklah secepat yang diharapkan. Beberapa aset mengalami pembetulan kerana pasaran menyesuaikan diri dengan realiti garis masa dasar-dasar tersebut.

3. Kebangkitan Semula (Okt 2017 - Okt 2018)

Pengumuman reformasi cukai yang rasmi pada akhir 2017 menyuntik semula momentum ke dalam pasaran. Potensi pemotongan cukai korporat mendorong kenaikan saham, terutamanya dalam sektor teknologi dan kewangan.


“Trump Trade 2.0”: Adakah Kita Akan Melihat Pola Sama?

 

1. Kenaikan Mendadak

Kali ini, situasi sedikit berbeza kerana pasaran sudah menjangkakan kepulangan Trump. Namun, beberapa pola lama dijangka berulang. 

Seperti 2016, pasaran mula bertindak balas lebih awal. Hasil bon AS dan dolar menunjukkan kenaikan sebelum pilihan raya. Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar Trump, terutamanya yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi.

2. Fasa Penyesuaian:

Selepas beliau kembali ke White House, pasaran mungkin memasuki fasa penyesuaian sementara menunggu pelaksanaan dasar sebenar. Polisi seperti tarif, cukai, dan pelaburan infrastruktur akan menentukan arah seterusnya. Jika polisi-pro polisi Trump dilaksanakan dengan lancar, pasaran saham dan sektor kitaran dijangka naik.

3. Kebangkitan Semula:

Sekiranya dasar seperti reformasi cukai dan pelaburan infrastruktur berjalan lancar, sentimen risiko pelabur boleh meningkat, memberi nafas baharu kepada pasaran saham, dolar, dan aset berisiko lain.


Peristiwa dan Polisi yang Boleh Menggoncang Pasaran


Trump dijangka memulakan penggalnya dengan langkah besar seperti:

Dasar Inflasi: Tarif baharu dan sekatan imigresen boleh mencetuskan tekanan inflasi.

Dasar Pro-Pertumbuhan: Pemotongan cukai dan pelaburan infrastruktur boleh mendorong pertumbuhan ekonomi.

Langkah Eksekutif: Trump mungkin menandatangani beberapa perintah eksekutif segera yang akan memberi kesan langsung kepada pasaran.

  

Apa Maksudnya untuk Aset Utama?

 

1. Saham AS: 

Pasaran saham mungkin tidak stabil dalam jangka pendek, tetapi potensi pemotongan cukai dan pelaburan infrastruktur memberi harapan positif untuk jangka panjang.

2. Kripto: 

Bitcoin dan aset kripto lain dijangka terus menarik perhatian kerana minat terhadap teknologi blockchain dan penerimaan ETF Bitcoin.

3. Dolar: 

Dasar Trump dan pemulihan ekonomi AS dijangka terus menyokong kekuatan dolar.

4. Emas: 

Walaupun emas popular sebagai aset selamat, pengurangan ketegangan geopolitik atau prestasi positif saham AS boleh menjejaskan permintaan terhadap emas.

5. Komoditi: 

Permintaan terhadap komoditi seperti minyak dan tembaga bergantung kepada faktor seperti dasar perdagangan AS, konflik geopolitik, dan ekonomi China.

  

 

Kesimpulan: 

Kepulangan Trump ke White House membuka lembaran baharu untuk pasaran kewangan. Walaupun terdapat risiko, pelabur boleh mengambil peluang daripada momentum polisi pro-pertumbuhan beliau. Kunci utama adalah memantau pelaksanaan dasar Trump secara dekat dan bersiap sedia untuk perubahan besar dalam sentimen pasaran.

 

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR