Syarikat Gergasi AS Yang Bergantung pada China

Syarikat Gergasi AS Yang Bergantung pada China

Bila orang sembang pasal perang perdagangan US-China, ramai bayangkan dua negara tengah berlaga kepala. Tapi ramai tak sedar, dalam diam-diam… banyak syarikat besar Amerika yang sebenarnya sangat bergantung pada China—baik dari segi jualan, pengeluaran mahupun kos operasi. Ni bukan sikit-sikit, memang level kalau China batuk, saham boleh demam.

Jom tengok siapa yang paling terdedah:

 

1. Nike (NKE)

Satu dunia kenal logo swoosh ni. Nike memang lama bertapak kat China, jadi bukan pelik kalau banyak produk dia datang dari sana. Dari kasut sampai ke pakaian sukan, China main peranan penting dalam rantaian bekalan global Nike.



2. Apple (AAPL)

Ni memang cinta lama tak boleh lupa.

  • 16% daripada pendapatan Apple datang terus dari China.
  • Lagi power, 90% iPhone yang kita pakai tu… dipasang kat sana.
  • Zhengzhou siap digelar iPhone City, dengan lebih 300,000 pekerja yang kerjanya siang malam hasilkan iPhone.

 

3. Starbucks (SBUX)

China bukan sekadar suka teh – kopi pun diorang layan.

  • Walaupun bawah 10% revenue, Starbucks dah invest besar kat China.
  • Dalam 10 tahun, dia tambah lebih 7,000 cawangan, menjadikan 19% dari semua kedai Starbucks kat dunia datang dari sana.

 

4. Intel (INTC)

Kalau korang pakai laptop, besar kemungkinan ada cip dari Intel – dan besar juga kemungkinan cip tu dijual kat China.

  • 29% dari jualan Intel datang dari pasaran China, menjadikannya market terbesar syarikat ni.

 

5. Tesla (TSLA)

Tesla bukan saja jual kereta kat China, tapi juga buat kereta kat sana.

  • 21% revenue Tesla datang dari pasaran China.
  • Tapi yang paling kritikal – lebih 50% kereta Tesla dibuat kat Shanghai, hasil dari kilang mega mereka, Giga Factory.

 

6. Applied Materials (AMAT)

Ni nama yang mungkin ramai tak kenal, tapi penting gila dalam industri semikonduktor.

  • China merupakan pasaran terbesar syarikat ni, menyumbang 34% daripada keseluruhan jualan.

 

7. Corning (GLW)

Kalau korang guna skrin yang tahan calar, kemungkinan besar teknologi dari Corning.

  • 56% dari pendapatan Corning datang dari Asia Pasifik, dan sebahagian besar daripadanya dari China.
  • Secara spesifik, 33% revenue syarikat ni memang dari China sahaja.

 

8. Mettler-Toledo (MTD)

Syarikat ni lebih fokus pada peralatan makmal dan industri.

  • Walaupun China hanya sumbang 16% daripada jualan, tapi yang menariknya…
  • Lebih 25% daripada keuntungan operasi datang dari pasaran China sahaja. Maksudnya margin kat sana memang lemak berkrim.


 

Kesimpulan

Kalau esok China tutup pintu ekonomi—sama ada sebab krisis dalaman, geopolitik, atau tindakan balas terhadap tarif—banyak syarikat besar AS akan rasa gegarannya. Jadi kalau melabur dalam syarikat yang “heavy exposure” ke China, jangan lupa ambil kira risiko ni.

Sebab dalam dunia pelaburan, yang tak nampak tu selalunya yang paling bahaya. 

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR