Rahsia Psikologi Pelaburan: Kenapa 2% Kuasai 90% Pasaran?

Rahsia Psikologi Pelaburan: Kenapa 2% Kuasai 90% Pasaran?

Pernah terfikir kenapa 2% pelabur boleh miliki 90% pasaran saham?

Rahsianya: Mereka faham bagaimana manusia buat keputusan kewangan.

Kahneman & Tversky, dua ahli psikologi dari Israel, bongkar kelemahan ni dalam kajian mereka. Penemuan yang cukup menggegarkan, sampai Wall Street cuba ‘sorok’ daripada kita semua.

Kenapa? Sebab kajian ini dedahkan kenapa kebanyakan kita selalu kalah dalam pelaburan, dan yang kaya terus jadi semakin kaya.

 

🔰Eksperimen Terkenal Mereka

Diberi dua pilihan:

1. Pasti dapat $500 atau 50% peluang untuk dapat $1000

– Majoriti ambil pilihan yang selamat, $500.

2. Pasti rugi $500 atau 50% peluang rugi $1000

– Majoriti sanggup berjudi untuk elak kerugian.

Inilah kelemahan kita: Kita lebih takut rugi daripada gembira dapat untung.

Hakikatnya, kerugian rasa 2.5 kali lebih ‘pedih’ berbanding keuntungan yang sama nilai.

 

🔰4 Perangkap Psikologi yang Dieksploitasi “Top 2%”

 1. Perangkap “Anchoring”

Otak kita ‘melekat’ pada angka pertama yang kita lihat. Contohnya:

– Anda beli saham pada RM5. Bila turun ke RM3, anda tunggu ia ‘naik balik’ ke harga asal.

Pro sebenar? Mereka 'cut loss’ cepat dan biarkan untung berjalan.

 

2. Perangkap “Overconfidence”

Lepas menang beberapa kali, ramai pelabur jadi yakin melampau.

– Mereka tambah saiz posisi sebab rasa “dah faham market”.

Hakikatnya: Pasaran rawak dalam jangka pendek.

Pro sebenar? Mereka kekal tenang dan ikut sistem mekanikal tanpa ikut emosi.

 

3. Perangkap “Confirmation Bias”

Kita cenderung cari bukti yang sokong pandangan kita.

– Bullish? Abaikan berita buruk. Bearish? Tak hiraukan signal positif.

Pro sebenar? Mereka ikut data, bukan emosi atau ego.

 

4. Perangkap “Recency”

Selepas pasaran jatuh, kebanyakan orang:

Takut berlebihan

– Terlepas peluang pemulihan

– Beli balik pada harga puncak

Pro sebenar? Mereka beli ketika orang takut, jual ketika orang tamak.

 

🔰Rahsia Sebenar: Buang Emosi, Ikut Sistem

Top 2% tak bergantung pada ‘nasib’. Mereka fokus pada:

1. Kawal emosi

2. Urus risiko

3. Ikut peraturan

 

Dalam pelaburan, konsistensi tak datang daripada analisis terbaik sahaja, tapi dari disiplin dan faham psikologi sendiri.

Kesimpulan: Bukan pasaran yang buat anda rugi, tapi kelemahan psikologi yang tak dikawal. Kuncinya? Buat keputusan tanpa emosi, seperti pro sebenar.

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR