Psikologi Pelaburan - Part 2 - ELITISTA

Psikologi Pelaburan - Part 2

Sambungan dari Bahagian 1 
 
John Nofsinger, pengarang buku "Investment Madness: How Psychology Affects Your Investing and What to Do About It" dan "Investment Blunders of the Rich and Famous," berkata bahawa kesilapan pelabur adalah terlampau yakin dan mengambil mudah tentang sesuatu perkara.

Kesilapan pertama adalah terlampau yakin. Nofsinger bersetuju dengan Kahneman bahawa pelabur membesar-besarkan kebolehan mereka dalam memilih saham berpotensi dan menyangka mereka turut berkebolehan mengawal keadaan pasaran. Mereka tidak melepaskan pegangan mereka dalam saham yang menunjukkan kerugian kerana tidak dapat menerima/mengakui kesilapan yang mereka telah buat.

"Bila anda terlampau yakin akan kebolehan anda, anda cenderung untuk berjual beli saham secara berlebihan dan seterusnya anda mengambil risiko yang terlampau tinggi dengan tahap kebolehan anda," kata Nofsinger. "Kesan daripada itu, anda akan membayar komission dan cukai yang berlebihan, dan anda akan turut terdedah kepada kerugian yang tinggi."

Lagi teruk, kata Nofsinger, adalah "attachment bias" atau cenderung kepada sesuatu perkara yang akan menyebabkan pelabur merasa emosional pada pegangan sahamnya. "Anda terikat secara emosional kepada keluarga anda dan kawan-kawan, dan anda akan hanya fokus kepada sifat-sifat yang baik pada mereka. Dan anda akan menghiraukan sifat-sifat buruk mereka," kata Nofsinger. "Bila anda terikatan secara emosional pada pegangan saham anda, anda akan gagal untuk mengenalpasti berita buruk tentang syarikat itu."

Kesilapan kedua adalah ambil mudah tentang sesuatu perkara. Kenal pasti kenapa anda melabur. Kebanyakkan orang hanya ada fahaman yang samar-samar tentang objektif pelaburan mereka. Seperti, "Saya ingin wang yang banyak supaya saya dapat melancong ke luar negara bila bersara nanti," atau "Saya tidak mahu jadi miskin bila bersara nanti." Kata Nofsinger: "Kenyataan ini tidak banyak membantu dalam memberi panduan pelaburan kepada anda. Jadi, tetapkan objektif yang spesifik."

Kenal pasti faktor-faktor dalam kawalan anda apabila anda ingin melabur. "Hadkan aktiviti yang boleh menjerumuskan anda kepada keputusan yang berat sebelah," saran Nofsinger. Ini bermakna elak daripada terlampau bergantung kepada ruang chat di internet dan forum / message board bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan saham. 

Jika ianya bermanfaat, bantu saya untuk SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR