Pengurusan Risiko

Pengurusan Risiko

Apabila seorang pelabur mengalami kerugian besar dalam saham, mereka perlu mendapat pulangan yang lebih tinggi untuk mendapatkan balik wang yang mereka laburkan awal-awal tadi.
 
Ini berlaku sebab kerugian tersebut akan menyusutkan jumlah wang yang mereka ada dalam pelaburan. Jadi, segala keuntungan akan bermula daripada jumlah yang lebih kecil ini.
 
Mari kita ambil contoh mudah:
 
Jika mereka membeli saham pada harga $100 dan kemudian saham itu jatuh 50%, maka hanya tinggal $50 sahaja. Untuk mendapatkan semula $100, pelabur perlu mendapat pulangan sebanyak 100% daripada $50 tersebut. Tetapi, jika kerugian hanya 25%, mereka akan memiliki $75.
 
Dalam kes ini, mereka hanya perlu pulangan sekitar 33.3% untuk membawa kembali jumlah pelaburan asal $100.
 
Ini menunjukkan mengapa sangat penting untuk menguruskan risiko dalam pelaburan. Melakukan pemulihan daripada kerugian besar memerlukan keuntungan yang jauh lebih besar, dan ia tidak semudah yang kita mungkin fikirkan.
  
KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR