Barangan Ribawi: Fahami Syarat Tukaran & Elak Riba!

Barangan Ribawi: Fahami Syarat Tukaran & Elak Riba!

Dalam Islam, ada konsep yang dipanggil barangan ribawi. Apa benda tu? 

Ringkasnya, ia adalah barang yang bila ditukar sesama jenis, kena ikut syarat tertentu supaya tak jadi riba.

 
Hadis daripada Ubadah bin Samit ada menyebut

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot). Sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai dan Ahmad)

 

🔰 Apa Itu Barangan Ribawi?

Secara mudahnya, ada enam barang utama yang masuk kategori ni:

✅  Emas
✅  Perak
✅  Gandum
✅  Barli
✅  Kurma
✅  Garam

Benda-benda ni biasanya dijual ikut timbang atau sukatan. Dan kalau nak tukar sesama sendiri (contohnya emas dengan emas), kena ikut syarat berikut:

1️⃣  Mesti sama timbangan atau sukatan (tak boleh lebih atau kurang)

2️⃣  Mesti dilakukan secara tunai dan segera (tak boleh bertangguh)

Kalau berlainan jenis (contohnya emas tukar dengan perak), boleh buat ikut harga pasaran, tapi tetap kena tunai on the spot.

 

🔰 Kenapa Kena Ikut Syarat Ni?

Tujuan utama adalah untuk elak riba al-fadhl, iaitu riba yang berlaku bila ada lebihan dalam pertukaran barangan ribawi. Islam memang tegas dalam hal ni sebab riba boleh membawa kepada ketidakadilan dalam ekonomi.

 

🔰 Pelaburan Emas, Sah atau Tak?

Sekarang, ramai orang suka beli emas sebagai pelaburan. Tapi ada satu persoalan:

➡️  Kalau beli emas, tapi dapat sijil pembelian je, bukan emas fizikal, sah ke?

Jawapannya, ini boleh jadi isu. Sebab dalam Islam, emas termasuk dalam kategori barangan ribawi. Kalau beli emas, kena dapat emas secara tunai dan terus dalam tangan. Kalau hanya dapat sijil tapi emas belum ada, dikhuatiri jatuh dalam kategori riba.


Jadi, sebelum melabur dalam emas, kena pastikan:

✔️ Ada pemindahan emas secara fizikal
✔️ Tiada kelewatan dalam serahan emas

Kalau sekadar ada nombor dalam sistem tapi emas tak ada di tangan, hmm… boleh jadi masalah!


Ilmu tentang barangan ribawi ni penting supaya kita tak terjebak dengan riba tanpa sedar. Jadi, kalau nak beli emas atau buat pelaburan, pastikan cara yang kita guna tu menepati syarat syarak. Jangan sampai duit lebur sebab salah faham konsep!

Semoga bermanfaat! ✨

 

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR