Nissan & Honda Rancang Merger: Strategi Lawan Toyota?

Nissan & Honda Rancang Merger: Strategi Lawan Toyota?

 Nissan Motor Co. dan Honda Motor Co. tengah hangat bincang nak ‘bersatu hati’ dalam bentuk merger. Kalau jadi, gabungan ni bakal jadi pesaing besar kepada Toyota Motor Corp. di Jepun dan global. Saham Nissan pun naik gila-gila, sampai 24% dalam satu hari!

Bagi yang mungkin tak tahu, perbincangan ini masih di peringkat awal. Tapi ada beberapa ‘jalan cerita’ yang tengah dikaji. Antaranya, nak buat syarikat pegangan baharu (holding company) untuk uruskan operasi bersama-sama. Yang menariknya, Mitsubishi Motors pun mungkin masuk sekali sebab dah ada hubungan dengan Nissan. Saham Mitsubishi pun melompat 17%.

.



Kenapa Nak Merger?

Macam yang ramai tahu, Toyota sekarang ni memang ‘abang besar’ dalam industri automotif Jepun. Bila Nissan, Honda dan mungkin Mitsubishi bergabung, diorang boleh jadi lebih kuat untuk lawan Toyota. Tambah lagi, masing-masing tengah hadapi cabaran – dari soal teknologi EV (electric vehicle) sampailah ke persaingan global dengan Tesla dan jenama-jenama China.

Kalau merger ni jadi kenyataan, Nissan boleh tarik nafas sikit sebab diorang memang tengah bergelut dengan masalah kewangan. Honda pula perlukan skala lebih besar untuk bersaing dengan jenama besar lain yang ada modal gila-gila.

Apa Kata Penganalisis?

Menurut Vivek Vaidya dari Frost & Sullivan, merger ni ada potensi sebab kedua-duanya saling melengkapi. Tapi dalam masa yang sama, ada juga cabaran. Sebabnya, Nissan dan Honda ada banyak persamaan – dari kilang sampai ke model kereta yang bertindih.

Julie Boote, penganalisis dari Pelham Smithers Associates, cakap yang Toyota mungkin akan makin ‘perketatkan’ geng dia seperti Subaru, Suzuki dan Mazda kalau merger ni jadi. Memang nampak macam ‘perang strategi’ dalam industri automotif Jepun sekarang.

 

Honda & Nissan – Siapa Lebih Kuat?

Kalau ikut nilai pasaran, Honda jauh lebih besar dengan ¥6.8 trilion berbanding Nissan yang cuma ¥1.3 trilion. Tapi walaupun digabungkan, dua-dua ni masih tak dapat lawan Toyota yang bernilai ¥42.2 trilion! Besar betul gap di situ.

 

Apa Kesimpulannya?

Setakat ni, semuanya masih perbincangan awal. Pengumuman rasmi mungkin akan dibuat pada 23 Disember nanti, menurut laporan TBS. Kalau merger ni betul-betul jadi, ini memang boleh jadi langkah penting untuk Nissan, Honda dan Mitsubishi bersatu tenaga dalam pasaran automotif global. Tapi kita tunggu dulu – sebab dalam dunia bisnes, macam-macam boleh jadi.

 

Apa pendapat korang? Adakah merger ni jalan terbaik atau sekadar ‘strategi terpaksa’?

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR