Kisah ‘Bonnie & Clyde Bitcoin’: Skandal Bitcoin Paling Besar di Netflix

Kisah ‘Bonnie & Clyde Bitcoin’: Skandal Bitcoin Paling Besar di Netflix

Pada tahun 2016 dunia mata wang kripto dikejutkan dengan satu kecurian besar-besaran. Bitcoin bernilai kira-kira $72 juta (yang sekarang nilainya mencecah $10.8 bilion) telah dicuri dari Bitfinex, sebuah platform tukaran kripto di Hong Kong. Masa tu, seluruh ekosistem kripto huru-hara, nilai bitcoin jatuh 20% dalam masa beberapa jam. Tapi siapa sangka, dalang di sebalik drama ni rupanya sepasang suami isteri yang langsung tak nampak macam penjenayah profesional – Heather Morgan dan Ilya Lichtenstein.

Netflix kini mengangkat kisah ni dalam dokumentari Biggest Heist Ever, mengupas bagaimana pasangan ini menyembunyikan bitcoin curi, dan kisah pelik kehidupan mereka yang penuh drama.

 

Siapa Heather Morgan dan Ilya Lichtenstein?

Heather, yang juga dikenali sebagai Razzlekhan, bukan penjenayah tipikal. Dia seorang usahawan, “rapper” separuh masa, dan pernah bekerja dalam dunia teknologi. Nama Razzlekhan katanya diinspirasikan daripada Genghis Khan, cuma “dengan lebih gaya pizzazz”. Dengan lagu-lagu rap yang pelik dan video YouTube cringe, Heather nampak lebih kepada ‘hipster pelik’ daripada penjenayah kripto.

Pasangannya, Ilya Lichtenstein atau Dutch, pula asalnya dari Rusia. Ilya ni pandai bab teknologi, seorang coder yang minat blockchain dan big data. Dia jugak pengasas sebuah startup teknologi, sebelum tiba-tiba hidup mereka bertukar jadi mimpi ngeri selepas FBI berjaya menghidu aktiviti mereka.

 

Macam Mana Mereka Kantoi?

Pasangan ni guna teknik canggih untuk “cuci” bitcoin yang dicuri. Mereka pindahkan duit melalui AlphaBay, sebuah pasaran gelap dalam darknet. Tapi AlphaBay kena tutup oleh FBI pada 2017, dan dari situ, jejak digital pasangan ni mula dihidu.

Rumah pasangan ni di New York akhirnya kena geledah pada 2022. Polis jumpa senarai ribuan alamat kripto, buku-buku berongga, telefon “burner” siap berlabel, dan pelbagai bukti lain yang menunjukkan penglibatan mereka dalam kecurian ni.

 

Nasib Mereka di Mahkamah

Walaupun tak dituduh sebagai pelaku asal yang menggodam Bitfinex, Heather dan Ilya mengaku bersalah kerana mencuci duit kripto tersebut. Pada 2023, Ilya akhirnya mengaku dia yang menggodam Bitfinex seorang diri, tapi Heather bantu dalam proses mencuci duit selepas tahu sumber bitcoin tu.

Kes ni jugak jadi makin menarik bila Ilya bersetuju bekerjasama dengan FBI dan akhirnya masuk dalam program perlindungan saksi. Ada juga unsur misteri bila penyiasatan kes ni dikaitkan dengan isu keselamatan negara dan hubungan Ilya dengan Rusia.

Heather pula diberi hukuman lebih ringan, iaitu 18 bulan penjara, sebab peranannya yang lebih kecil dalam jenayah ni.

 

Kisah Heather dan Ilya ni lebih pelik dari filem Hollywood. Daripada hidup bergaya di New York, buat rap cringe, sampailah terlibat dalam skandal kecurian bitcoin terbesar dunia – semua ni memang sukar dipercayai. Dokumentari Netflix ni bukan sahaja bercerita tentang duit, tapi jugak bagaimana kehidupan digital boleh jadi medan jenayah yang penuh teka-teki.

Kalau nak tahu cerita penuh, Biggest Heist Ever dah ada di Netflix. Siap sedia untuk terhibur (dan terkejut) dengan kisah Bonnie & Clyde versi kripto ni!

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR