Kenapa Umat Islam Mesti Kaya? - ELITISTA

Kenapa Umat Islam Mesti Kaya?

Umat Islam mesti kaya dan kekayaan itu digunakan untuk jalan Allah.
 
Dalam Al-Quran dan Hadith ada beberapa ayat tentang kekayaan.

Apa sahaja harta rampasan perang yang diberikan Allah kepada Rasulnya yang berasal dari penduduk - penduduk kota, adalah untuk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan orang kaya sahaja diantara kamu.” - (Surah Al-Hasyr, Ayat 7)

Manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. - (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. - (Surah Al-Fajr, Ayat 16)

Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-Quran seperti yg tertera pada Surah Al-Baqarah ayat 80 dan 212, surah Az-Zariyat ayat 58, surah Hud ayat 6 dan surah Al-Mulk ayat 15.
 
Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah
 
Seterusnya terdapat 7 ayat yang mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali. 
 
Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:

Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan, kecukupan, dan KEKAYAAN.” - (Hadis Riwayat Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ibn Masud)

Dalam doa yang lain pula:

Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.” - (Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi

Sabda Rasulullah lagi:

Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.” - (Hadis Riwayat Ad-Dailani

Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:

Wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.” - (Hadis Riwayat Ahmad)

Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi baginda wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.

Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?

Bagaimana mahu menunaikan haji dan umrah jika tidak kaya?

Bagaimana mahu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin, jika tidak kaya?

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR