Google Labur $20 Bilion untuk Tenaga Hijau Bantu AI

Google Labur $20 Bilion untuk Tenaga Hijau Bantu AI

Google nampaknya serius nak kejar impian AI mereka. Walaupun nuklear banyak jadi tumpuan kebelakangan ni, Google nampaknya tak cukup dengan itu saja. Baru-baru ni, Google umumkan kerjasama dengan Intersect Power dan TPG Rise Climate untuk bina tenaga boleh diperbaharui berskala besar. Projek ni termasuk tenaga angin, solar, bateri penyimpanan, dan naik taraf grid elektrik – semuanya untuk memastikan pusat data AI mereka cukup ‘makan’.

Jumlah pelaburan? Sekitar $20 bilion. Untuk permulaan, Intersect Power dah mula membiayai projek pertama. Selain tu, ada juga pelaburan ekuiti sebanyak $800 juta ke dalam Intersect Power, dipimpin oleh TPG, dengan Google, CAI, dan Greenbelt Capital Partners turut serta.

Kenapa Besar Sangat Skala Projek Ni?

Dengan perkembangan AI yang pesat, pakar ramalkan pusat data AI akan kekurangan kuasa menjelang 2027. Itu yang buat syarikat teknologi macam Google terpaksa melabur dalam sumber tenaga baharu. Konsepnya, satu pusat data berkapasiti 1 gigawatt akan dipadankan dengan jumlah kapasiti tenaga angin, solar, dan bateri yang sama. Kapasiti bateri tu pula cukup untuk bekalkan tenaga selama 2 hingga 4 jam. Semua ni akan disambungkan ke grid elektrik pada titik yang sama, dan Google janji akan tanggung kos naik taraf grid jika perlu.

Projek ni akan dilaksanakan secara berperingkat. Fasa pertama dijangka beroperasi pada 2026 dan siap sepenuhnya pada 2027. Kelajuan projek ni tunjukkan betapa cepat tenaga boleh diperbaharui boleh dibangunkan berbanding tenaga nuklear, yang masih bergelut dengan tempoh masa yang lebih panjang.

Contohnya:

  • Microsoft nak ‘hidupkan’ semula reaktor nuklear di Three Mile Island pada 2028.
  • Google ada kerjasama dengan startup reaktor kecil Kairos, tapi siap sepenuhnya dijangka 2030.
  • Amazon pula ada kontrak dengan X-Energy, sasar siap awal 2030-an.

Bila dibandingkan, projek tenaga boleh diperbaharui macam Google ni nampak lebih pantas dan praktikal. Tapi semuanya bergantung pada sama ada projek ni boleh siap ikut jadual atau tak.

 

Kesimpulannya? Google tengah pecut laju dalam perlumbaan AI, dan mereka pastikan bekalan tenaga tu datang dari sumber mesra alam – bukan saja untuk keperluan masa depan, tapi untuk bersaing dalam industri teknologi global.

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR