Elak Overtrading: Tips Kawal Emosi & Disiplin Trading

Elak Overtrading: Tips Kawal Emosi & Disiplin Trading

Kalau korang aktif trading, mesti pernah dengar atau mungkin alami sendiri masalah overtrading ni. Overtrading ni terjadi bila kita terlalu ghairah buka banyak posisi dalam satu masa, tanpa kawalan dan strategi yang jelas. Silap haribulan, modal pun boleh lebur!

 

Nak Tahu Anda Sedang Overtrade atau Tidak?

Jangan risau, senang je nak check diri:

1. Kerap Buat Keuntungan?

Kalau tiap kali trade, profit masuk dan akaun makin naik, alhamdulillah, anda belum overtrade. Maksudnya, anda masih disiplin dan ada kawalan yang baik.

2. Kerap Buat Kerugian?

Kalau makin lama makin rugi walaupun cuba ‘cover balik’, itu petanda anda dah mula overtrade. Anda buka terlalu banyak posisi atau ikut emosi, bukan ikut plan asal.

 

Kenapa Overtrading Bahaya?

Modal cepat habis: Banyak posisi tapi tak ada strategi, duit pun lebur tanpa sedar.

Tekanan emosi: Bila rugi banyak, anda mudah hilang fokus dan bertindak tanpa fikir panjang.

Strategi lari: Bukannya ikut plan awal, tapi lebih kepada nak ‘recover’ rugi yang dah dibuat.

 

Macam Mana Nak Elak Overtrading?

Tetapkan limit trading harian. Jangan lebih-lebih.

Ikut trading plan yang jelas – bila nak masuk, bila nak keluar.

Sentiasa rekod prestasi trading anda. Dari situ boleh nampak pola overtrading.

 

Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Daripada buka 10 posisi tapi rugi semua, baik buka satu dua je tapi profit. Disiplin itu kunci dalam dunia trading!

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR