Dana Kekayaan Norway Untung Besar Lagi, RM1.06 Trilion Tahun Ini!

Dana Kekayaan Norway Untung Besar Lagi, RM1.06 Trilion Tahun Ini!

Norway punya dana kekayaan negara, yang paling besar dalam dunia, baru je umumkan keuntungan besar gila untuk tahun 2024 – sebanyak 2.5 trilion kroner atau $222 Billion (RM1.06 trilion)! Tahun lepas pun dah pecah rekod dengan 2.22 trilion kroner, tapi tahun ni lagi padu.

 

🔰Apa Punca Keuntungan Besar Ni?

Menurut laporan dari Norges Bank Investment Management (NBIM), dana ni dapat pulangan 13% untuk tahun 2024. 

Punca utama? Saham teknologi melambung tinggi!

CEO NBIM, Nicolai Tangen, kata pasaran saham memang kuat tahun lepas, terutamanya saham teknologi dari Amerika. Timbalan CEO, Trond Grande, pun tambah yang sektor AI dan kewangan jadi faktor utama peningkatan keuntungan ni.

 

🔰Apa Sebenarnya Dana Kekayaan Norway Ni?

Benda ni nama penuh dia Government Pension Global Fund, dan asalnya ditubuhkan pada tahun 90-an untuk melabur hasil lebihan minyak dan gas Norway. Sekarang, dana ni dah bernilai 19.7 trilion kroner (RM8.4 trilion)!

 

🔰Kat Mana Norway Laburkan Duit Ni?

Dana ni tak simpan duit macam tabung biasa, tapi dia laburkan dalam macam-macam benda:

✅ Saham – Pegang saham dalam lebih 8,000 syarikat dari 63 negara (70% portfolio dana ni saham je)

✅ Bon – Termasuk bon kerajaan dan syarikat

✅ Hartanah – Bangunan komersial, pejabat, dan lain-lain

✅ Tenaga Boleh Diperbaharui – Ladang angin, solar, dan infrastruktur hijau

🔰Kenapa Penting?

Dana ni bukan saja jadi sumber kewangan untuk masa depan Norway, tapi juga pelabur besar dalam ekonomi dunia. Kalau Norway jual saham atau alih pelaburan, boleh bagi kesan besar pada pasaran global.

Secara ringkas, Norway memang power dalam bab simpan dan laburkan duit hasil minyak diorang. Untung makin besar, rakyat Norway pun dapat manfaat jangka panjang!

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR