
CryptoQuant Global Crypto Survey: Fakta Menarik Tentang Dunia Kripto!
CryptoQuant baru saja keluarkan laporan tentang trend global dalam dunia kripto. Ini yang korang kena tahu! 👇
1. Profil Pelabur Kripto: Muda, Berpengalaman & Berpendidikan
Majoriti pelabur kripto berumur antara 25-44 tahun. Lebih menarik, 62% daripada mereka ada pengalaman lebih 3 tahun dalam industri ni. Tapi kebanyakan mereka masih di peringkat pelaburan kecil—ramai yang melabur bawah $10,000 (sekitar RM45,000) setahun.
Ini tunjukkan bahawa pelabur runcit masih dominan dalam dunia kripto.
2. Binance: Pilihan No. 1 Global
Binance memang tak perlu diperkenalkan lagi. 53% peserta survey guna Binance sebagai platform utama. Bukan tu je:
- 51% kata mereka dapat keuntungan paling tinggi di Binance.
- 48% simpan majoriti aset kripto mereka di platform ni.
3. Full-Time vs. Part-Time Trader
Trader sepenuh masa lebih cenderung guna platform seperti Binance, Bybit, Bitget, dan OKX. Tapi untuk trader separuh masa, mereka lebih selesa dengan platform seperti Coinbase dan Kraken.
4. Projek Hot: Bitcoin, Ethereum & Layer 2
Minat pelabur masih kekal pada gergasi seperti Bitcoin dan Ethereum, bersama projek Layer 2. Tapi ada satu lagi tren baru yang mula naik—integrasi blockchain dengan teknologi AI. Nampaknya ini bakal jadi ‘next big thing’ dalam inovasi dan pelaburan kripto.
5. Spot Trading Tetap Popular
76% pelabur lebih utamakan spot trading berbanding aktiviti lain seperti derivatif atau staking. Tapi, hanya 28% yang gunakan produk ‘earn’ yang ditawarkan platform.
Jadi, kat sini ada peluang besar untuk platform kripto berkembang.
6. DYOR: Kaji Sendiri, Jangan Ikut Buta-Buta
Ramai pelabur kripto bergantung pada kajian sendiri sebelum buat keputusan pelaburan. Ini tunjukkan betapa pentingnya maklumat yang boleh dipercayai dan berasaskan data untuk bantu pelabur buat pilihan yang bijak.
Kesimpulan
Laporan ni tunjukkan pelabur kripto makin matang dan pandai urus pelaburan mereka. Dengan minat yang semakin meningkat dalam teknologi baru seperti AI-blockchain, nampaknya masa depan dunia kripto semakin menarik!
Apa pendapat korang? Ada trend yang korang sendiri perasan dalam dunia kripto sekarang?