Bitcoin ETFs AS Cecah 500,000 BTC, Rekod Baru Pelaburan

Bitcoin ETFs AS Cecah 500,000 BTC, Rekod Baru Pelaburan

Kalau korang ingat awal Januari 2024, U.S. mula perkenalkan spot Bitcoin ETFs. Tak sampai setahun pun lagi, tapi jumlah yang dikumpul dah gila-gila banyak – lebih 500,000 BTC! Kalau nak tahu, ini sebenarnya 2.5% dari jumlah Bitcoin yang tengah beredar sekarang, iaitu sekitar 19.8 juta BTC.

Fidelity & BlackRock: Siapa Yang Lead?

Kalau tengok data terkini:

  • Fidelity's FBTC: Hari Rabu lepas je, dia sorang-sorang je tarik masuk $121.9 juta. Kalau campur-campur semua ETF hari tu, jumlah inflow jadi $223.1 juta. Gila kan?
  • ETF Bitcoin ni pulak tengah on streak 10 hari berturut-turut, dengan inflows mencecah $4.3 bilion. Banyak tu!

Yang paling power? BlackRock’s IBIT. Minggu lepas, IBIT berjaya kumpul 500,000 BTC net inflows, terus jadi pemimpin utama ETF Bitcoin ni. Lagi satu fakta menarik, walaupun ETF Grayscale (GBTC) yang caj fee tinggi ada outflows besar-besaran, IBIT tetap maintain momentum dia.

Banding Dengan Gold & Pemegang Bitcoin Lain

Ada satu lagi pencapaian yang menarik untuk IBIT ni – dia dah tapau BlackRock’s iShares Gold Trust (IAU) dari segi aset di bawah pengurusan (AUM). Sekarang IBIT tengah hold lebih $50 bilion dalam bentuk Bitcoin. Ini bukan main-main, sebab ETF Bitcoin ni sekarang dah lebih banyak pegang BTC daripada Satoshi Nakamoto sendiri, yang dikatakan ada sekitar 1.1 juta BTC.

Sekarang, senarai pegang Bitcoin terbesar dalam ETF:

  1. BlackRock's IBIT: 520,000 BTC
  2. Fidelity’s FBTC: 247,000 BTC

Apa Maknanya Semua Ni?

Jumlah inflows yang makin meningkat ni tanda jelas yang pelabur semakin yakin dengan Bitcoin. Walaupun BTC ni sentiasa volatil, ETF Bitcoin ni berjaya tarik perhatian pelabur besar-besaran yang suka simpan aset dalam bentuk yang lebih 'mainstream'.

Kalau trend ni berterusan, tak mustahil kita akan tengok lebih banyak Bitcoin 'terkunci' dalam ETF-ETF ni. Korang rasa, ni petanda baik ke untuk harga BTC masa depan?

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR