Bagaimana Pasaran Saham Berubah dalam 100 Hari Pertama Presiden AS

Bagaimana Pasaran Saham Berubah dalam 100 Hari Pertama Presiden AS

Sempena pelantikan Donald Trump sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat pada 20 Januari 2025, para pelabur mula memberi perhatian terhadap kesan kepimpinan baru ini terhadap pasaran kewangan.

Secara tradisinya, awal pentadbiran seorang presiden sering membawa pengaruh besar kepada dinamik pasaran, dengan pengumuman dasar dan indikator ekonomi yang boleh menentukan hala tuju bulan-bulan seterusnya.

Momen penting seperti ini bukan saja peluang untuk menyaksikan tradisi istiadat pelantikan, tetapi juga untuk memahami bagaimana pasaran mungkin bertindak balas dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran baru. Jom kita tinjau prestasi pasaran saham di bawah beberapa presiden terdahulu dan pelajaran yang boleh diambil.

1. Barack Obama (2009)

Masa Obama ambil alih, ekonomi tengah teruk sebab krisis kewangan 2008. Dalam 100 hari pertama beliau, indeks S&P 500 naik kira-kira 7%. Ini banyak dipengaruhi oleh dasar pemulihan ekonomi yang diperkenalkan untuk memulihkan keyakinan pelabur.

2. Donald Trump (2017)

Trump masuk dengan janji-janji besar macam reformasi cukai dan kurang birokrasi. Hasilnya, S&P 500 naik sekitar 5.5% dalam 100 hari pertama pentadbirannya, sebab pelabur yakin polisi beliau akan bantu perniagaan besar.

3. Joe Biden (2021)

Biden mula dengan fokus besar pada pakej rangsangan fiskal dan pelaksanaan vaksinasi COVID-19. Optimisme pelabur jelas bila S&P 500 melonjak lebih 10% dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.


Walaupun nampak menarik untuk bandingkan prestasi pasaran saham dengan kepimpinan presiden baru, hakikatnya pasaran dipengaruhi banyak perkara lain. Faktor global seperti harga komoditi, geopolitik, atau pun kejutan ekonomi luar jangka juga main peranan.

Untuk pelabur, apa yang penting adalah sentiasa bijak urus portfolio. Jangan hanya bergantung pada janji politik semata-mata. Kaji dasar yang bakal diperkenalkan dan bersedia untuk kemungkinan turun naik dalam pasaran. Fokus pada pelaburan jangka panjang dan buat keputusan dengan hati-hati, tak kira siapa yang jadi presiden!

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR