Apa Itu CMC Altcoin Season Index & Cara Kenal Pasti Altcoin Season

Apa Itu CMC Altcoin Season Index & Cara Kenal Pasti Altcoin Season

CMC Altcoin Season Index ni satu indikator untuk tengok sama ada kita tengah berada dalam “Altcoin Season” atau tak. Senang je nak faham, kalau 75% daripada 100 mata wang kripto teratas outperform Bitcoin dalam 90 hari terakhir, itu maksudnya Altcoin Season. Tapi ingat, stablecoin macam Tether dan DAI, serta token yang disandarkan kepada aset lain macam WBTC, stETH, dan cLINK tak dikira dalam indeks ni.

 

Macam Mana Nak Tahu Kalau Tengah Altcoin Season?

Masa Altcoin Season, ada beberapa tanda jelas yang boleh kita nampak:

1. Altcoin Jadi Dominan

Altcoin akan mula mengambil alih perhatian dalam pasaran kripto. Contohnya, masa Altcoin Season pada Mei 2021, nilai pasaran gabungan untuk 100 altcoin teratas naik sampai 130% lebih daripada Bitcoin.

2. Harga Naik Gila-Gila

Harga altcoin boleh naik dengan kadar yang lebih laju berbanding Bitcoin. Sebagai contoh, masa Altcoin Season dari Februari hingga Mei 2021, harga altcoin cap besar naik 174%, sedangkan Bitcoin cuma naik 2%. Banyak cerita menarik muncul, tak terhad kepada satu atau dua trend saja.

3. FOMO Melanda

Orang ramai akan rasa takut terlepas peluang (FOMO), sebab semua nampak optimis dengan potensi altcoin bagi pulangan lumayan. Ini biasanya disokong dengan volume dagangan 24 jam yang tinggi, terutama untuk altcoin cap besar. Benda ni akan menyebabkan harga altcoin makin melonjak.

 

Altcoin Apa Yang Termasuk Dalam Indeks Ni? Ethereum Pun Kira Altcoin Ke?

Ya, Ethereum termasuk dalam kategori altcoin dalam indeks ni. Indeks ni pilih 100 syiling teratas yang disenaraikan di CoinMarketCap setiap hari, kecuali stablecoin dan token yang disandarkan kepada aset lain macam WBTC atau stETH.

 

Macam Mana Indeks Ni Dikira?

Metodologinya mudah:

Indeks ni tengok prestasi harga untuk 100 syiling teratas (kecuali stablecoin dan token sandaran) dalam tempoh 90 hari. Kalau 75% daripada syiling ni outperform Bitcoin, maka itu Altcoin Season. Tapi kalau cuma 25% atau kurang yang outperform, itu Bitcoin Season. Nilai ni dikira dari 1 hingga 100 dan diupdate setiap hari.

 

Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Info Ni?

Altcoin Season ni biasanya ikut pola tertentu:

1. Harga Bitcoin Mula Naik

Sentimen pasaran jadi positif sebab harga Bitcoin naik mendadak. Ini menyebabkan dominasi Bitcoin dalam pasaran meningkat.

2. Harga Ethereum Ikut Naik

Aktiviti dalam rangkaian Ethereum bertambah, macam Dapps lebih banyak digunakan dan dibangunkan. Ramai pengguna baru pun mula masuk dalam ekosistem ni.

3. Altcoin Dapat Perhatian

Pelabur mula alihkan dana daripada Bitcoin ke altcoin lain yang nampak ada peluang besar. Ini menyebabkan harga altcoin pun mula naik, dan pasaran jadi lebih aktif.

 .

Dengan pantau CMC Altcoin Season Index ni, kita boleh nampak data ni dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan guna maklumat ni untuk buat keputusan pelaburan. Kalau tengah Altcoin Season, mungkin masanya nak tengok altcoin mana yang ada potensi untuk bagi pulangan baik!

 

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR