8 Pelajaran Hebat Dari Peter Tuchman, ‘Einstein of Wall Street’

8 Pelajaran Hebat Dari Peter Tuchman, ‘Einstein of Wall Street’

Siapa tak kenal Peter Tuchman?

Dengan 40 tahun pengalaman di New York Stock Exchange (NYSE), beliau dikenali sebagai pakar saham dan ikon di Wall Street. Pernah merekodkan jual beli $10 juta untuk satu syarikat sahaja! Tapi apa yang buat Peter hebat bukan hanya pencapaian, tapi ilmu dan kebijaksanaan yang dia kongsi.

 

Kalau anda trader, 8 pelajaran ni wajib anda tahu:


1. Semangat Itu Segalanya

"Kalau kau suka apa kau buat, kau takkan rasa macam bekerja langsung."

Peter membesar di New York, anak kepada imigran dan mangsa Holocaust. Sejak kecil, dia belajar berniaga dan ikut apa yang dia minat. Bila dia jejak kaki ke lantai perdagangan NYSE, itulah cintanya.

2. Bermula Dari Bawah

Peter mula sebagai teletypist—kerja hantar data di Wall Street. Tapi kerana minat dan semangat, dia cepat nampak peluang.

"Peluang takkan datang kalau kau sorok bawah selimut."

Daripada kerja biasa, dia kejar pengalaman dan jadi veteran di NYSE.

3. Beli Bila Orang Takut

"Setiap krisis biasanya jadi peluang terbaik untuk membeli, bukan menjual."

Trader berjaya tahu beza antara ketakutan dan peluang. Masa semua orang panik, itulah masa anda tenang dan buat keputusan bijak.

4. Fikir Gaya Seorang Trader

Trader berpengalaman macam Peter selalu tanya soalan ni:

  • Kenapa saham ni dibeli?
  • Ini untuk jangka panjang atau short-term?
  • Ada analisis atau cuma spekulasi?

Fikir dengan strategi, bukan emosi.

5. Apa Yang Buat Trader Untung?

"Untung bukan sekadar buat $50,000 hari ni tapi rugi $80,000 esok."

Peter kata, teknik apa pun anda guna—fundamental atau teknikal—yang penting konsistensi. Jumpa strategi yang serasi dan ikut dengan disiplin.

6. Sentiasa Ada Pelan

Setiap kali nak trade, Peter akan tanya: “Kenapa aku beli atau short saham ni?”

Dua sebab utama untuk trade:

  1. Price Action
  2. Technical Analysis

Jangan pernah masuk trade tanpa ada strategi entry, exit, dan stop-loss.

7. Strategi Kegemaran

Salah satu setup kegemaran Peter:

  1. Tunggu trend 30 minit.
  2. Cari pullback ke 9 atau 15 EMA.
  3. Masuk dan letak stop-loss 1% bawah entry.

"Setiap kriteria mesti dipenuhi. Itu kunci kejayaan jangka panjang."

8. Ambil Untung Dengan Bijak

Strategi Peter untuk trade yang ‘menjadi’:

  1. Ambil untung di sasaran pertama (tutup 50% posisi).
  2. Alih stop-loss ke breakeven.
  3. Biarkan bakinya terus berjalan.

"Trade dari P&L positif akan bina keyakinan kau untuk berjaya."

Kesimpulan

Pengajaran dari Peter Tuchman ni bukan saja praktikal tapi juga relevan untuk semua trader, sama ada anda baru nak mula atau dah lama dalam pasaran. Jadi, ambil ilmu ni dan cuba aplikasi dalam trading anda.

Seperti kata Peter, “Belajar, praktik, dan konsisten. Itu cara jadi trader berjaya.”

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR