8,000 Bitcoin Terkubur di Tapak Sampah: Kisah $760 Juta yang Hilang

8,000 Bitcoin Terkubur di Tapak Sampah: Kisah $760 Juta yang Hilang

Pada tahun 2013, seorang jurutera IT dari Wales, James Howells, buat satu kesilapan yang akan menghantuinya seumur hidup. Sambil mengemas rumah, dia secara tak sengaja buang satu cakera keras lama yang mengandungi 8,000 Bitcoin. Masa tu, Bitcoin belum jadi fenomena besar lagi. Tapi hari ni? 8,000 Bitcoin tu bernilai lebih $760 juta.

Masalahnya, cakera keras tu tertimbus di bawah 110,000 tan sampah di tapak pelupusan di Newport. Dan di situlah bermulanya salah satu “pencarian harta karun” paling gila abad ke-21.


🔰Silap Besar Bernilai Beratus Juta

Cakera keras tu akhirnya berakhir di tapak sampah milik bandar Newport. Bila James sedar kesilapannya, dia terus minta izin dengan majlis bandar raya Newport untuk cari semula cakera keras tersebut. Tapi jawapan yang dia dapat?

Tidak.”

Sebab apa?

Risiko alam sekitar

Kos operasi yang tinggi

Masalah liabiliti

Tapi James? Dia tak patah semangat.

 

🔰Pelan “Futuristik” Macam Filem Sci-Fi

James tampil dengan pelan penyelamatan yang nampak macam skrip filem sains fiksyen:

1. Robot anjing yang akan mengesan tanda-tanda cakera keras.

2. Mesin AI berkuasa tinggi yang dilatih untuk asingkan sampah.

3. Bina tapak sampah replika dulu untuk “latih” AI sebelum mula operasi sebenar.

Kos untuk semua ni? Sekitar $11 juta.

Tak cukup dengan tu, James dapat kerjasama dari hedge fund yang sanggup tanggung kos ni dengan syarat — mereka dapat bahagian daripada Bitcoin yang ditemui nanti.

🔰Tawaran Lumayan yang Ditolak

Untuk majlis bandar Newport, James siap tawarkan 25% dari nilai Bitcoin jika mereka beri kebenaran untuk menggali. Itu lebih $190 juta!

Selain tu, dia juga ada pelan besar nak jadikan Newport sebagai hab Bitcoin dunia, sekali gus menaikkan ekonomi dan reputasi global bandar kecil tu. Tapi majlis bandar? Tetap tak setuju.

 

🔰Lebih dari Sekadar Duit

James cakap ini bukan soal duit semata-mata. Dia libatkan pakar sains alam sekitar untuk pastikan proses cari cakera keras tu selamat. Antara cadangan dia:

Tukar gas metana dari tapak sampah jadi sumber tenaga boleh diperbaharui.

Jadikan operasi ni sebagai langkah “win-win untuk alam sekitar.

Kalau berjaya, ni bukan saja operasi menyelamat harta karun, tapi juga transformasi tapak sampah kepada pusat tenaga mampan.

 

🔰Cabaran Besar

Walaupun cakera keras tu rosak, jurutera NASA percaya data Bitcoin tu masih boleh dipulihkan. Tapi langkah pertama? Jumpa dulu cakera keras tu.

Selama lebih sedekad, James tak pernah putus asa. Dia dah laburkan masa, duit, dan tenaga semata-mata untuk perbaiki kesilapan yang bernilai beratus juta dolar ni.

 

🔰Apa Pengajaran dari Kisah Ni?

Ini bukan sekadar kisah tentang Bitcoin. Ini cerita tentang:

Kegigihan seseorang mengejar sesuatu yang hampir mustahil.

Inovasi yang datang bila kita betul-betul terdesak.

Tekad untuk perbaiki kesilapan walaupun peluangnya tipis.

 

Jadi, kalau $760 juta terkubur di tapak sampah, apa yang sanggup anda buat untuk cari semula?

KEMBALI
1 of 4

ASAS SAHAM

SAHAM ONE2GO

Anda ZERO tapi nak explore lebih lanjut tentang pelaburan saham? Modul ini sesuai untuk semua beginner.

KLIK SINI

ASAS SAHAM A-Z

SAHAM 101: THE ULTIMATE-GO EDITION

Modul lengkap bagi semua pelabur dan pedagang baru di Bursa Malaysia. Anda akan belajar tentang asas Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

JOM BELAJAR