Lihat Cuaca Sebelum Turun Memancing - ELITISTA

Lihat Cuaca Sebelum Turun Memancing

𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐂𝐈𝐍𝐆 

Pelabur saham itu ibarat seorang nelayan. Sebagai seorang nelayan, sebelum turun ke laut, perkara penting yang perlu anda lakukan adalah melihat cuaca terlebih dahulu. Keadaan cuaca boleh diketahui dengan melihat laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi. Atau kalau anda seorang nelayan otai, hanya dengan melihat pembentukan awan dan tiupan angin, anda boleh 'membaca' cuaca yang akan melanda pada hari tersebut. 

Jika hari tersebut diramalkan ribut taufan, adakah wajar seorang nelayan turun ke laut? 

Begitu juga sebagai seorang pelabur saham, terutamanya jika anda seorang pedagang, sangat penting anda menilai cuaca dunia dan cuaca pasaran di Malaysia? Bagaimana caranya? 

Dengan melihat keadaan pasaran dunia yang dibuka lebih awal, anda dapat mengagak kemana pasaran di Malaysia akan bertindak juga. Walaupun tidak 100% pasaran Malaysia mengikut keadaan pasaran dunia, tetapi secara tak langsung, pasaran Malaysia akan terkena tempias juga. 

Jika anda lihat pasaran dunia semua sedang merah membara, jadi anda tahu anda harus lebih berhati-hati jika anda ingin berdagang pada hari tersebut. Atau lebih baik, elakkan berdagang pada hari itu, terutamanya jika anda masih baru dalam pasaran saham. 

Ingat tuan-tuan, kita ini hanya nelayan kecil bermodalkan 'sampan kayu'. Jika kita ingin melawan cuaca ribut dan taufan, silap hari bulan, sampan karam, kita pun lemas! 

Nak belajar lebih terperinci cara meramal 'cuaca' pasaran Saham? Tunggu pengumuman pelancaran program Saham 101 nanti. 

#Saham101
#10September2022
#BendaMudahKenapaNakSusah

❤️ https://elitista.com.my
Back to blog
  • Forex VS Saham

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

  • Apa Itu Position Sizing?

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

  • Saham VS Unit Trust

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

1 of 3

Nak Upgrade Ilmu?

1 of 6