Apa Itu Saham? - ELITISTA

Apa Maksud Saham?

 

Masih ramai orang yang belum betul-betul faham saham ni apa kan?

Walaupun yang ada pengalaman trade dalam saham 3-4 tahun, belum tentu dapat menceritakan dengan betul asal-usul mengenai saham.

Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang bagaimana nak melabur dalam pasaran saham, saya kena terangkan dahulu apa itu saham. Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi kita berkenalan dulu dengan Encik Saham ni.
 

"Secara amnya, saham bermaksud pemilikan."

 
Asal-usul pasaran saham bermula apabila negara-negara New World mula berdagang sesama mereka. Ramai saudagar-saudagar pelopor ingin memulakan perniagaan yang besar dan sudah tentu mereka memerlukan modal yang banyak.
 
Oleh kerana itu, beberapa kumpulan pelabur bersetuju untuk mengumpulkan simpanan mereka dan menjadi ‘business partners’ atau pemilik bersama dengan masing-masing memiliki pegangan individu sekali gus membentuk ‘joint-stock company’ atau dengan nama lainnya ialah syarikat sendirian berhad.
 
Bermula di Belanda, model perniagaan ini mula menjadi pilihan dan ikutan oleh banyak syarikat yang bermasalah dalam mencari dana. Pada tahun 1602, Dutch East India Co. mengeluarkan ‘paper shares’ yang pertama di dunia. Ini membolehkan pemegang saham lebih mudah membeli, menjual dan berdagang dengan pemegang - pemegang saham yang lain.
 
Untuk contoh yang lebih mudah difahami, kita mulakan dengan analogi Makcik Kiah, pemilik kedai kek supaya korang lebih senang faham.
 
  
Makcik Kiah memiliki sebuah perniagaan yang dinamakan KEDEKKUT (Kedai Kek dan Biskut).
 
Awal - awal Makcik Kiah buka KEDEKKUT ni, dia mendaftar di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdekatan, di bawah kategori Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
 
Maksudnya KEDEKKUT ni 100% milik Makcik Kiah. Sejak kewujudan syarikat KEDEKKUT ini, untung atau rugi semua Makcik Kiah yang tanggung.
 
Selepas 5 tahun, syarikat KEDEKKUT dinilaikan sebanyak RM 1 juta termasuklah harga kedai, mesin-mesin buat kek dan jenama kek Makcik Kiah itu sendiri. 
 
Nak dijadikan cerita, selepas lima tahun berniaga, Makcik Kiah merancang nak besarkan lagi KEDEKKUT dengan membuka cawangan baru. Tapi sayang, Makcik Kiah tak cukup duit kerana untuk meneruskan rancangan tersebut, Makcik Kiah memerlukan dana sebanyak RM 400,000.
 
Makcik Kiah puas fikir bagaimana dia nak cari duit RM 400,000 ni. Nak pinjam bank, bank tak dapat bagi pinjaman penuh. Nak pinjam along, takut tangan kena potong. Akhirnya dia dapat satu ilham!
 
Nilai KEDEKKUT sekarang ni RM 1 juta, apa kata kalau aku jual 40% pegangan KEDEKKUT aku ni kepada orang ramai, dapatlah aku RM400k.”
 
Bisik Makcik Kiah dalam hatinya. Dengan cara tu, Makcik Kiah tak perlu bayar interest bank, tak risau kena kejar dengan Along tapi masih boleh meneruskan rancangan ini.
 
Antara sebab lain, Makcik Kiah masih lagi memegang 60% dari pegangan KEDEKKUT, ini bermaksud Makcik Kiah masih lagi menjadi Boss Besar KEDEKKUT.
 
Cuma bezanya kalau dulu untung atau rugi, Makcik Kiah tanggung sorang-sorang. Tapi sekarang untung atau rugi tu dia akan berkongsi dengan orang lain yang memiliki 40% pegangan saham syarikat. KEDEKKUT juga akan bertukar dari Sendirian Berhad kepada Berhad.
 
Jadi Makcik Kiah pun tulislah laporan kewangan syarikat KEDEKKUT dan prospek syarikat tersebut supaya orang ramai faham dan sedar peluang dan risiko jika melabur dalam KEDEKKUT. Ini yang dipanggil sebagai IPO (Initial Public Offering). Cukup masa, maka terbitlah saham KEDEKKUT di papan Bursa dengan nama KEDKUT.
 
Jika anda adalah salah seorang orang awam yang membeli saham KEDKUT walau 100 unit sekalipun, anda boleh berkata dengan bangga yang anda adalah salah seorang pemilik syarikat KEDKUT.
 
Back to blog
  • Forex VS Saham

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

    Forex VS Saham

    Walaupun kedua-dua perdagangan forex dan pasaran saham melibatkan spekulasi dan risiko, mereka berbeza dari segi aset yang diperdagangkan (mata wang vs. saham syarikat) dan faktor-faktor yang mempengaruhi harga mereka (kadar...

  • Apa Itu Position Sizing?

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

    Apa Itu Position Sizing?

    Position sizing merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko untuk pedagang saham. Ia melibatkan menentukan jumlah modal yang sesuai untuk diperuntukkan kepada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda, saiz akaun, dan...

  • Saham VS Unit Trust

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

    Saham VS Unit Trust

    Kedua-dua pelaburan dalam pasaran saham dan pelaburan dalam unit amanah (unit trust) adalah cara untuk meningkatkan kekayaan anda, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama. Baca lanjut di sini.

1 of 3

Nak Upgrade Ilmu?

1 of 6